Ahad, 22 Januari 2012

wanita berpurdah berkancil merah

assalamualaikum..
pernahkah anda semua terdengar cerita tentang seorang wanita berpurdah dan memakai kancil merah mencari 40 org anak dara untuk diminum darahnya suatu ketika dulu? tentu ramai yg pernah dengar kan.. fames sungguh cerita tu di seluruh negara. masa tu saya baru darjah 3 kalau x silap..
kisah tu sebenarnya dri semenanjung tapi tersebar spi ke sabah ni.
versi sabah camni..kisahnya bermula apabila seorang wanita meminta dibuatkan susuk pada wajah supaya dia jd cantik. tok bomoh tpt dia bt susuk tu pun buatlah tapi dengan syarat x boleh tengok wajahnya di cermin selama 40 hari.. tapi dia tak tahan,yelah dr rupa biasa jd cantik jelita katakan. mesti dia mau tengok. so,bila dia tengok cermin muka dia tiba2 jd hodoh. lebih hodoh dr asal (asalnya xla hodoh pun).
bila sda hodoh tu,dia pun jumpa bomoh yg buatkan susuk tu. bomoh tu kata, "siapa suruh kau langgar pantang? inilah akibatnya!"
"tolonglah tok bomoh, sy sanggup buat apa saja utk jadi cantik semula". dia merayu.
"baiklah, kalau begitu kau mesti mencari 40 org anak dara sunti dan minum darah mereka. baru wajahmu akan jd cantik semula."
dia pun terus memburu 40 org anak darah sunti tu. tapi usahanya tidak semudah disangka. dia terpaksa memakai purdah utk menyembunyikan wajah hodohnya n merantau ke seluruh semenanjung. pastu adalah dia dapat 2,3org. lama kelamaan, org dah tau aktiviti dia ni. semua org sda kenal dia dengan gelaran "perempuan berpurdah berkancil merah" sebab dia pki kereta kancil kaler merah. masa tu,takut sangat terjumpa pmpuan tu.apatah lagi bila ada khabar angin mengatakan dia sda sampai di sabah pula. lama2 kawan cakap dia sda sampai di daerah kami jugak. lepas tu makin lama makin panas pula cerita tu. kami pulak masa tu jalan kaki ke sekolah. apa lagi, semua pun bergerak berkumpulan. pakat satu kampung ramai2 ke sekolah. sebelum tu tak tau pun maksud anak dara sunti tu, lepas tu boleh tau.. kononya dia lagi suka anak dara sunti yg masih muda umur sekolah rendah mcm kami.punyalah takut.hehehe..
lama gak cerita tu jdi isu. pastu dgn di tokok tambah itu ini, lagilah panas. selepas beberapa ketika(bertahun jugaklah), org sda lupa sikit2.ada kakak yg sekolah menengah di semenanjung tu cakap, pmpuan tu sda kena tembak dengan bapa dia yg tidak tahan anaknya menjadi pembunuh. tapi ada gak dgr, dia sda kena tangkap polis pulak.hahaha.. macam2lah.. klu igt mmg lawak gak. entah betul entah tdk kisah tu. tpi aritu sembang2 dgn memb2 org smnanjung pun cakap benda yg sama gak.

* terfikir gak, mungkin cerita ni dibuat2 spy semua org takut dgn wanita berpurdah.
*yg dialog tu, direka saja tau.. manalah sy tau prbualan drg melainkan sy adalah wanita berpurdah itu atau tok bomoh.hehehe..

Jumaat, 20 Januari 2012

nama anda dalam bahasa korea

TRY UR NAME IN KOREAN ! ^_^

1) Nama pertama -> Pilih warna rumah anda 

Putih~ Park
Hitam~ Kim
Biru~ Shin
Hijau~ Lee
Merah~ Song
Kuning~ Kang
Coklat~ Han
Ungu~Choi
Oren~ Sung
Pink~ Jung
Lain2~ King

2. Nama tengah ialah bulan kelahiran anda :

1 : Yong
2 : Ji
3 : Je
4 : Hye
5 : Dong
6 : Sang
7 : Ha
8 : Hyo
9 : Soo
10 : Rae
11 : Hyun
12 : Eun

3. Nama terakhir ialah tarikh lahir anda :

1 : Hwa
2 : Woo
3 : Joon
4 : Hee
5 : Kyo
6 : Kyung
7 : Wook
8 : Jin
9 : Sub
10 : Hoon
11 : Ra
12 : Bin
13 : Sun
14 : Ri
15 : Soo
16 : Rim
17 : Ah
18 : Ae
19 : Neul
20 : Mun
21 : In
22 : Mi
23 : Ki
24 : Seung
25 : Byung
26 : Seok
27 : Gun
28 : Yoo
29 : Sup
30 : Won
31 : Eun
write your new korean name in comment..just for fun

Sabtu, 14 Januari 2012

ALLY ISKANDAR vs FARAH LEE

assalamualaikum..
ally n farah
                                  
hari ni buka fb, nampak cer pasal ally iskandar pengacara tv3 tu mau kawen. memang before pun sudah dengar isu ni, yelah selepas beliau (formalnya) putus tunang dengan gadis melayu hari tu kan.. baca tajuk , kononnya dia akan berkahwin dengan gadis pilihan keluarga beliau. tapi just baca tajuk je. malas mau view.
 lepas buka notification, ada sorang kawan buat status dekat page sy. akceli, page tu adalah page untuk batch saya masa study di kolej dulu. slh sorang kawan saya buat status mengundang kami semua ke majlis perkahwinan adik dia d kuala terengganu. mula2 saya pun buat tatau ja sebab kita bukan kenal adik dia pun kan. lepas tu,terbaca komen kawan2 pasal adik dia ni kawen artis. so, saya pun tertanya2 gak siapa pulak lak artis tu kan.. ropa2nya nilah si ally iskandar tu. lepas tu barulah baca keseluruhan crita tu. alahai mudanya lagi budak farah tu. baru umur 23 (kawan saya tu 26) dan ally pulak 36 tahun. n kalau tak silap, diorang ni kazen kepada zizan raja lawak tu. tapi perkenalan diorang ni bukan sebab zizanlah tapi atas pilihan keluarga ally sendiri. baik budak farah ni. perjumpaan pertama diorang pun ditemani keluarga. itulah salah satu sebab c ally ni terpikat,katanya. anyway, tahniah pada mereka berdua n semoga berkekalan.

ini pic famili farah lee yang saya dapat dr google.tekalah yg mana 1 my fren tu.
                                             
p/s: walaupun diorang ni pki nama Lee,bukan cina tau..itu nama glamer dr nama bapa drg je tau..

Selasa, 27 Disember 2011

~chicken rice saya~

assalamualaikum semua..
kebetulan malam ni saya masak nasi ayam n sudah lama x menulis d blog ni. so, mau share lah resepi nasi ayam tadi. bahan n caranya sangat mudah.. tapi tadi lupa gambar sorry!

bahan2
1/2 ekor ayam (potong 3 bahagian)
garlic,onion,ginger,serai (ditumbuk kasar)
oyster sauces
sos cili
kicap manis
madu
kunyit serbuk
beras 
timun,tomato,salad (untuk hiasan)
salt
lemon (klu mau)
method
1. basuh ayam. then masukkan dlm periuk + bahan tumbuk+ salt sikit. pastu tambah air n didihkan hingga ayam separuh masak.
2.sambil2 tu, basuh rice cooker n beras. pastu rendam jap beras tu.
3.bila sup ayam tadi mula boiled, tutup api. buang air rendaman beras tadi n ganti dgn air rebusan ayam tu separuh. separuh lg biar, utk buat sup. jgn lupa tambah sdkit serbuk kunyit dlm air beras tu.
4. keluarkan ayam tadi n letak dlm bekas.then letakkan lebihan bahan tumbuk, oyster sauce, kicap manis, madu, perahan lemon sikit, sos cili. gaul n perap 1 jam.
5. then goreng ayam tu. jgn lama sangat sbb sda masak separuh tadi. kaler dia mmg agak "gelap" sikit. then potong. air perapan tadi jgn buang. modified sikit, boleh buat kuah kicap dia nanti.
6. pastu bolehlah hidang bersama timun n tomato dipotong nipis n juga daun salad. sup jgn lupa!

tips2..
*ayam tu potong kecik pun boleh spy masuk rasa.
*amaun bahan tu boleh agak2 sendiri. sy pun main campak ja
*saya x buat sambal lada. klu mau, pndi2lah agak resepi dia

Selasa, 20 Disember 2011

antara benda gila yang pernah aku buat



                                                             assalamualaikum..
hari ni rasa mau kongsi pengalaman hidup pulak.. banyak sudah entry pasal pengetahuan.hee..
terpikir pulak mau share pasal benda-benda 'gila' yang aku pernah buat. kalau orang lain tidak rasa gila pun,tidak mengapa.okeylah antaranya..

1. melancong/ mengelilingi tanah semenanjung bertiga dengan adik dan kakak aku, tahun lalu. pandai2 sendiri jak. dari KL-melaka-johor-perlis-langkawi-kelantan-terengganu-pahang-KL

2.pernah berdating (tapi 3 kali jak tau, masa zaman kejahilan aku.hee..). dating kan haram
                                           

3.pernah bergaduh dengan sorang cina tomboi masa study dulu.hahaha.. ini paling gila sebab aku ni kan little girl yang kiut n ayu (ditokok tambah) tapi boleh gaduh dengan pompuan tomboi yang jual enfon. sbb dia macam tipu enfon kawan aku.hehehe.. aku siap ugut lagi tomboi tu. dan macam tidak percaya sebab tomboi tu kalah.hahaha.. (gaduh mulut jelah, kalau gaduh fizikal kompom aku kalah)
                  

petua untuk anak kecil yang tak selera

assalamualaikum..
semangat hari ni. sebab sok lusa dah mula bercuti sampai awal tahun depan.hee..
dengar macam lama kn? sebenarnya cuma 6 ari jak pun  cuti yg digunakan.
okeylah merujuk kepada perkara di atas (macam buat karangan surat rasmi tym sekolah dolu2 pulak.hahaha..)
semalam kami (family) bercerita tentang kenduri kawen.biasalah byk orang kawen tym cuti sekolah ni. then kakak saya bercerita pasal anak dia yang berselera kalau makan makanan di rumah orang kawen. pastu teringatlah sal satu petua yang diamalkan oleh mama saya masa kami kecil2 dulu kalau ada anak kecil yang tidak mau makan.
petuanya macam ni. anda kenalah tebalkan muka meminta 1 cawan beras dari setiap rumah jiran ( kalau segan atau ada konflik dgn jiran, boleh mintak dari saudara mara) sampai tujuh buah rumah. pastu masaklah macam biasa then kasi makanlah anak yang tidak mau makan tu. insya Allah dia akan ada selera.
tapi, kalau kira logik betul jugak petua ni. kadang2 budak ni makanan dari rumah sendiri dorang tak selera. mengada2 sikit.hee..

Ahad, 4 Disember 2011

~sabah local fruits~

assalamualaikum..
hari ni saya off. x tau mau buat apa. so,fikir punya fikir dpt idea buat satu entry pasal buah tempatan sabah yang mungkin belum dikenali oleh masyarakat Malaysia di luar sabah ni. dan mungkin juga masyarakat sabah sendiri sebab sabah ni banyak sangat kaum,budaya dan kawasannya pun luas. Idea ni pun tercetus sebab semalam ada family datang bawa pelbagai buah-buahan. so, saya rasa bertanggungjawab jugalah memperkenalkannya pada masyarakat umum.
           
        ~tarap~
    
tarap ni sejenis buah tempatan yang jarang ada di tempat lain selain sabah. berbentuk bulat dengan kulit yang berduri halus. isinya putih n sangat manis. bau dia.. jangan cakaplah. menusuk kalbu sungguh! isinya berulas-ulas. mungkin dalam sebiji tarap tu,isinya lebih 30 ulas. di dalam setiap ulas tu pulak ada biji kecil seperti kacang. kalau rajin,boleh kumpul biji tu dan digoreng tanpa minyak. sedap tu! mcm mkn kacang..
buah ni macam biasalah,kalau mentah dia keras lagi.tapi boleh buat sayur macam kita masak sayur nangka tu. msk lemak sedapnya! nyum..nyum
tapi lagi sedap kalau sda masak. tanda2 tarap ni sda masak ialah baunya kuat,pastu bila tekan kulitnya lembut.kita belah mcm tu saja utk membukanya. tarap ni selalunya dipetik awal sikit iaitu sebelum dia terlalu masak di ats pokok. sbb pokok dia tinggi. klu dijolok, pecah buah ni. so,petik awal. kita biar kan dlm sehari dua,dia sda msk.tp ada lg cara utk mempercepatkn dia msk. lepas kita petik, kita simpan di rumah dan kita siram2kan air dlm 2,3 kali sehari. Insya Allah cepat masak. buah ni boleh dimakan begitu saja atau dibuat kuih yang dinamakn cucur tarap. sy lebih suka buat kuih!
  tapi satu benda yg kami org sabah x boleh terima tentang buah tarap ni. kalau kami ceritakan kepada orang semenanjung buah ni,ramai yang mengatakan buah ni "buah monyet" sebab hanya monyet yg makan klu d semenanjung. yg sebenarnya, mereka belum tahu buah ni macam mana. yg dikatakan buah monyet tu, bukan tarap. cuma benntuknya seperti tarap tapi lebih kecil. buah tu, di sabah pun ada n kami pun tidak makan.

~pengalaban~

pengalaban ni memang agak tidak popular walaupun di kalangan penduduk sabah sendiri. hanya tempat2 tertentu yg kenal buah ni. tapi dlm msyrakat kami iaitu suku kaum bisaya buah ni mmg popular. dari kecil lagi kami mkn buah ni.
buah ni bulat dengan kulit licin. dia melekat pada tangkai yang berbentu seperti tangkai belon. (mungkin drg dpt idea dr buah nilah tu). kaler dia pink apabila masak n hijau semasa mentah. rasanya agak tawar klu dimakan. cara makannya.. kita petik buah yg sda masak kemudia buka tangkainya. lepas tu,letak dlm besen @ talam n buat seperti menampi padi  beberapa kali. kemudian siram dgn air panas yang dicampur sedikit garam supaya ada rasa masin. then,bolehlah dimakan. tapi hati2.. ada biji di dalamnya n tidak boleh dimakan sebab besar n keras.hee..

~bambangan~
 
buah bambangan ni mungkin bolehlah dikatakan bersaudara dgn keluarga mangga. cuma klu dilihat dri kulitnya,mmg langsung x seruapalah. yg hampir sama ialah isinya. kulit dia kaler coklat n agak tebal. cara kupasnya bukan mcm buah mangga tpi mcm kupas kelapa. isi kaler kuning terang n berserat mcm mangga. isinya ada yg manis ada yg masam. klu yg manis, boleh mkn begitu saja atau dgn nasi. klu yang msm, boleh buat jeruk pastu makan dgn nasi atau ambuyat. tambah cili. umpph.. ada biji seperti mangga. klu org tua boleh dibuat ulam mkn ambuyat ni bijinya tapi kelat. klu jeruk pun org letak biji dia yg dicincang halus supaya tahan lama.

~durian merah~
 
ini lagi satu buah spesel dari sabah. ada juga org mengatakan buah ni juga ada d semenanjung dan sarawak cuma xla banyak seperti di sini. secara fizikal, seperti buah durian biasa tapi berbntuk bulat n kulit dia kaler kuning. durinya lebih halus n tajam. isinya pula ada yg kuning,oern atau merah. rasanya x seperti durian putih. bau pun lain. ada lg satu bezanya dgn durian putih, buahnya tidak akan jatuh sendiri bila masak. perlu dipanjat atau dijolok. boleh dimakan macam tu saja, buat kuih@cucur, boelh buat bubur@santan durian.

~kembayau~


kembayau ni bentuk n kaler dia mcm anggur tau. tapi jgn gigit terus klu jumpa. sebab kena kupas @ kikis dulu  kulit dia yg purple tu. pastu rendam dlm air panas. baru leh mkn. di dlm dia ada biji yg sangat keras. tapi di dlm biji tu ada isi lagi. itu yg sedap tu. rasa dia mcm kacang pistachio. isi tu kecil jak. tapi utk mendapatkn isi dlm biji tu sangat susah sebab biji dia tu keras sangat. kena pakai lesung batu atau parang keras utk pecahkn bijinya. buah ni bukan dari awal kaler purple. masa muda dia kaler putih. bila sda tua dia jdi purple.

~buah ajaib~

yg ini sebebnarnya bukanlah buah tempatan sabah tapi saja masukkan sebab buah ni x ramai yg tau. buah ni mmg ajaib sebab klu makan buah ni, lepas tu kita makan yg masam, x terasa masamnya. semua jadi manis. saya pernah try buah ni pastu saya makan limau nipis. mmg betul. langsung x masam. sungguh ajaib!
Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...