Khamis, 14 Julai 2011

apa perasaan jika terdengar diri diumpat?

pernahkah anda semua terdengar kawan2 sedang mengumpat diri anda secara xsengaja? apa perasaan n tindakkan anda selanjutnya? br2 ni saya terdengar ada orang mengumpat tentang saya.memang skt ati sangat.. klu ikutkan hati yg sedang marah,sya berdiri n terus lempang ja muka dia. tp alhamdulillah saya dpt control kemarahan itu.. saya pura2 x dengar ja then berdiri n terus buat gaya "cool".hehhee.. x taulah dorang perasan atau x sya tengah marah tym tu? xpalah.. klu dorang mengumpat,dosa dorang. yang penting kita jaga mulut supaya xmengumpat mereka2 ni. kan???????  semoga Allah mengampuni dosa mereka n kita semua.

Sabtu, 9 Julai 2011

seronoknya sains!

*rupanya sotong mempunyai darah (cecair) berwarna hitam pada badannya adalah sebagai perlindungan diri. saya baru tau.itupun dari buku sains tahun 4.hahaha..
kalau ada musuh, sotong akan cepat2 berenang melarikan diri sambil mengeluarkan cecair hitamnya. supaya air di sekelilingnya jd gelap dan musuh tdk terlihat badannya.

*dri buku yg sama jugak sya baru tahu bahawa daun kelapa diciptakan Allah sebegitu rupa (panjang dan halus) supaya angin dapat melaluinya dengan baik. oleh itu, batangnya sukar rebah atau patah.
hhm.. patutlah saya jarang nampak pokok kelapa n saudara2nya tu tumbang ditiup angin. Allah itu Maha Bijaksana menciptakan semua yg ada di alam ini dengan sempurna

p/s: tapi yang herannya, kenapa masa sy darjah 4 dl x belajar pun benda ni dlm subjek sains?

Jumaat, 8 Julai 2011

andartukah aku ni?

sekarang ni sudah berlalu musim cuti sekolah semester pertama. ramai yang telah melangsungkan perkahwinan bila musim cuti sekolah walaupun yg berkahwin tu bukn budak sekolah.hahaha..
kawan-kawan saya pun ramai yang dah berumahtangga terutamanya geng2 1 batch semasa di kolej dl. yang beranak pinak pun ramai n yang beranak kali ke2,ke3 pun ada juga. syukur, cepat jodoh n rezeki menimang cahaya mata diorang ni. saya pun tompang happy walaupun asyik beli hadiah utk mereka ni. yelah, mula2 masa diorang kawen pun kena beli hadiah. then setahun kemudian, beranak pula. kena juga bg hadiah utk anak pula. setahun lg, beranak lg. hadiah lg..kira 1 family dorang kita kna bg hadiahlah. pokai lah den mcm ni.hehehe..

tp itu sy x kisah.duit boleh cari.lgpun rezeki tuhan bagi,kenalah share2 sesama hamba-Nya.. right?
yg saya kisah tu bila semua orang di sekeliling 'kisah' sungguh pada diri ini yang belum berkahwin. padahal saya bukannya tua sangat pun. baru 25 TAHUN!
 semua asyik tanya, KAU BILA KAWEN? ......... soalan ni macam soalan wajib pula kaum yg belum berkahwin.
bila terjumpa kawan2 lama,mesti ada solan ni. tp xapalah sbb yg bertanya pun selalunya masih bujang. maybe sekadar berkongsi rasa je.hehehe..

tp kadang2 yang bertanya tu yang sudah berkahwin lama. tapi yang lebih mengharukan, yang akan berkahwin
pun sibuk jugak mau tanya. mentang2lah dia mau kawen sudah. atau dia sengaja mau men'jeles'kan orang yg masih bujang ni. (-ve thinking betollah)
aku rimas betul bila orang tanya soalan macam tu. tambah2 kalau orang yg bertanya tu dengan muka yang sinis. macam menghina lah.. eiyeer..
mungkin dorang ni takut kaum bujang ni menggoda suami2 mereka kot?atau takut suami dorang tergoda.hahaha..
sebenarnya dorang ni x tau bersyukur dengan kewujudan golongan macam kami ni. bayangkan, kalau orang2 yg belum berkahwin ni sudah berkahwin beberapa lama dahulu. mungkin dorang yang suka bertanya ni pulak yang belum berkahwin sebab suami dorang sekarang mungkin telah dikahwini oleh orang lain. faham kn?

lepas tu, kalau kami ni sudah berkahwin.. siapa pula yang rajin menghadiri majlis perkahwinan dorang? selalunya kawan yg bujang jugaklah yg rajin datang. yg dah beranak pinak sudah sibuk urus anak2.
then, yang bujang jugaklah yg rajin bagi hadiah masa kawan kawen atau bersalin kan?itulah antara hikmah ALLAH mengatur ada yang kawen awal dan ada yg lambat sikit. so, janganlah dipersoal @ dihina golongan belum kahwin ni. lagipun bukan kami sengaja x mau kawin atau apa. kalau sudah datang jodoh kami kahwinlah jugak. tp sekali lg diingatkan, SAYA MASIH MUDA!    hehehe..

Selasa, 5 Julai 2011

melancong ke semenanjung malaysia,singapura n thailand dalam masa 5 hari


assalaamualaikum.. lama x jenguk blog ni. bukan apa,sibuk melancong. jelajah ke 3 negara termasuk sememnanjung m'sia sebab kami kan dr sabah so,kira melancong jugaklah di negara sendiri. sekarang ni pun kepenatan masih belum hilang sebab baru je sampai d sabah petang tadi. terpaksa stay d umah my sis @ KK dl malam ni.. penat nak drive malam2 camni. lagipun sok still cuti. myb boleh sambung shopping di cni.hehehe..

sebenarnya plan nak buat trip ni muncul tetiba je. tahun lalu, ada kenkwn yang dapat tiket murah (airasia) tp to KL je. lama2 plan ni berkembang pula sampai ke hatyai kononnya. so,beli tiket lg ke penang. lgpun kami dah dapat cari org yg boleh guide (tour guide) yg murah> cuma rm3000 utk 10 org termasuk penginapan 1 mlm dan makanan serta pengangkutan ulang alik dari penang-hatyai. trip ni semua wanita tau!
penang-sempadan mmg agk lama, dlm 2 jam lebih sbb kena beratur panjang d imigrese. dr border-hatyai cuma dlm sejam. guidenya ada 2 org dr kedah n driver pulak org siam (melayu pattani) .diorang ni baik n oleh kerana diorang ni melayu, so diorang taulah nak cari restoran makanan halal yang SEDAP!
smpai2 je,trs cek-in hotel. then diorang bawa kami lunch dkt 1 restoran melayu thai. makanan dia unik2 n sedap. yg paling unik ialah kerabu kaki ayam. kaki ayam tu siap dbuang tulang. tp makanan kat cni mmg pedas gila. takut gak skt perut tp alhamdulillah tak. semua org excited sungguh makan. siap tambah nasi.hehehe.. kecuali sya
lepas tu,kami rehat 1 jam kat hotel utk solat n kemas brg. solat pun jamak je. n perlu igt, jam d siam ni lewat 1 jam dr malaysia.ada gak yg mandi sbb belum mandi dari pagi. yelah kami stay kat aiport je kan mlm tu. ada yg mandi kat toilet aiprt.
oya, lupa nak bgtau. mlm tu kami sampai LCCT  KL jam 12 mlm. mls nak cr hotel sbb flight to penang awal pagi jam 6.55 a.m. so terpaksa stay LCCT. tp yg geramnya, semua penumpang disuruh stay bhagian dluar aiport tu sbb ada semburan racun di dlm. pening tgk semua org mcm pelarian duduk ats lantai dgn barang yg byk. kmi pulak memilih utk duduk d ats troli masing2.hehehe.. slpas lbh sejam kot,barulah kami dbenarkn masuk.
sambung blk crita kat hatyai, lepas berehat sejam kami dibawa pla ke songkhla. tp kat songkhla mcm besa je. guide igt nak bw masuk akuarium tp tutup pla. kami cuma singgah d pantai songkhla, bergambar dgn duyung emas dan kucing besar.
petang sebelum senja, guide bw kami naik ke ats puncak bukit yg ada tokong besar pula. dr ats bukit ni boleh nmpak pemandangan kawasan hatyai n songkhla. lepas tngkap gmbar, kami turun dgn berjalan kaki. van tunggu di bawah. mayb dah lm x excercise,punya sakit kaki. sudah pakai kasut wedges.hahaha.. smpai rosak kasut tu.
malamnya,km blk ke htyai tp singgah makan d sebuah retoran steamboat muslim. bagusnya kat cni, makan ala buffet dgn bayaran cuma 100 TB/rm10 seorang. sudahlah byk pilihan makanan,sedap pla tu. mknan dia termasuk makanan bukan utk steamboat dan dessert. sedapnya cendol dia.nyum..nyum..nyum. semua mkn sampai rasa tak larat dah.hehehe.. lepas tu balik hotel tp guide tu suruh shopping dl kat sekitar hotel. byk sgt org jual terutamanya beg. macam pasar mlm. meriah sungguh. tp para peniaganya lain sket. pandai mrh kastemer. klu twr menawar pun diorang mrh. saya tak beli apa pun kecuali sandal murah. wedges dah rosak kan..
esok paginya, sambung lg shopping di sekitar hotel tu tapi waktu siang x semeriah malam. saya ada beli makanan kering. kacang pistachio n gajus sbb mama sy suka. lps tu ada buah longan kering. beli gak sbb x jual d mlsia. thailang kan fames dgn jeans, so kami pun carilah jeans yg murah. smpai naik TUK TUK (sebuah kenderaan awam seperti bas)
petang slpas cek-out, guide tu singgahkn kmi d pasar yg jual banyak pakaian n srh lunch sbb diorang bertiga nak solat jumaat d kwsan brhmpiran. kat cni mkanan sedap. sy try tomyam n ABC dia pla byk campuran.
sblum balik mlsia,kmi d bw ke pasar terapung (KLONGHAE). kat cni ada surau tau. mungkin rmi org islam. so, solat dl br turun bwh tgk floating market ni. peniaganya ramai wanita n kebanyakkanya muslim. diorang jual macam2 makanan, memang kreatif. jeli pun jadi bentuk buah-buahan,colourful.
lepas tu,singgah pla di sebuah pasar malam yg murah2 barangnya. nak beli brg lg utk family tp duit Thai dah habis, nsb baik ada peniaga yg menerima duit RM. dpt gak beli belt n handbag. beg tu pun cuma 199 TBT (rm19.90)
balik malaysia pun dah lewat mlm. guide tu bawa lg singgah beli pulut durian kat danok(sempadan). dia nak srh kami rs pulut durian n pulut pelam. tgh duk dlm van tgu guide, nampak ada beberapa gajah berkeliaran d ats jlnraya. Uniknya Thailand!  1 more thing, d cni jugak byk wanita berpakaian seksi berkeliaran pd waktu mlm utk mencari pelanggan. termasuk mak nyah juga. tp mlm tu kami tak nmpak pun golongan ni. itu cuma mklumat dr guide.
emm..okeylah.mengantuk pulak. nnt kt akan cntnue dgn cerita d singapore pulak. inilah antara pics yg dpt dipaparkan.xbyk sbb kamera abs bateri
sup ekor n lain2 mkanan.sedap! tp pedas sangat
kerabu kaki ayam


samila beach songkhla

samila beach (wif golden mermaid)

 the dragon mouth

genks

    
tuk tuk 

tgh tgu driver dtg.lmbat mengalahkn pompuan.hahaha..

uncle & aunty yg meniaga d Klonghae/floating market

cutenya jeli2 ni.mcm real fruit

sibuk membeli belah

gajah berkeliaran ats jlnraya waktu mlm di Danok (border)

Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...