Jumaat, 8 Julai 2011

andartukah aku ni?

sekarang ni sudah berlalu musim cuti sekolah semester pertama. ramai yang telah melangsungkan perkahwinan bila musim cuti sekolah walaupun yg berkahwin tu bukn budak sekolah.hahaha..
kawan-kawan saya pun ramai yang dah berumahtangga terutamanya geng2 1 batch semasa di kolej dl. yang beranak pinak pun ramai n yang beranak kali ke2,ke3 pun ada juga. syukur, cepat jodoh n rezeki menimang cahaya mata diorang ni. saya pun tompang happy walaupun asyik beli hadiah utk mereka ni. yelah, mula2 masa diorang kawen pun kena beli hadiah. then setahun kemudian, beranak pula. kena juga bg hadiah utk anak pula. setahun lg, beranak lg. hadiah lg..kira 1 family dorang kita kna bg hadiahlah. pokai lah den mcm ni.hehehe..

tp itu sy x kisah.duit boleh cari.lgpun rezeki tuhan bagi,kenalah share2 sesama hamba-Nya.. right?
yg saya kisah tu bila semua orang di sekeliling 'kisah' sungguh pada diri ini yang belum berkahwin. padahal saya bukannya tua sangat pun. baru 25 TAHUN!
 semua asyik tanya, KAU BILA KAWEN? ......... soalan ni macam soalan wajib pula kaum yg belum berkahwin.
bila terjumpa kawan2 lama,mesti ada solan ni. tp xapalah sbb yg bertanya pun selalunya masih bujang. maybe sekadar berkongsi rasa je.hehehe..

tp kadang2 yang bertanya tu yang sudah berkahwin lama. tapi yang lebih mengharukan, yang akan berkahwin
pun sibuk jugak mau tanya. mentang2lah dia mau kawen sudah. atau dia sengaja mau men'jeles'kan orang yg masih bujang ni. (-ve thinking betollah)
aku rimas betul bila orang tanya soalan macam tu. tambah2 kalau orang yg bertanya tu dengan muka yang sinis. macam menghina lah.. eiyeer..
mungkin dorang ni takut kaum bujang ni menggoda suami2 mereka kot?atau takut suami dorang tergoda.hahaha..
sebenarnya dorang ni x tau bersyukur dengan kewujudan golongan macam kami ni. bayangkan, kalau orang2 yg belum berkahwin ni sudah berkahwin beberapa lama dahulu. mungkin dorang yang suka bertanya ni pulak yang belum berkahwin sebab suami dorang sekarang mungkin telah dikahwini oleh orang lain. faham kn?

lepas tu, kalau kami ni sudah berkahwin.. siapa pula yang rajin menghadiri majlis perkahwinan dorang? selalunya kawan yg bujang jugaklah yg rajin datang. yg dah beranak pinak sudah sibuk urus anak2.
then, yang bujang jugaklah yg rajin bagi hadiah masa kawan kawen atau bersalin kan?itulah antara hikmah ALLAH mengatur ada yang kawen awal dan ada yg lambat sikit. so, janganlah dipersoal @ dihina golongan belum kahwin ni. lagipun bukan kami sengaja x mau kawin atau apa. kalau sudah datang jodoh kami kahwinlah jugak. tp sekali lg diingatkan, SAYA MASIH MUDA!    hehehe..

Selasa, 5 Julai 2011

melancong ke semenanjung malaysia,singapura n thailand dalam masa 5 hari


assalaamualaikum.. lama x jenguk blog ni. bukan apa,sibuk melancong. jelajah ke 3 negara termasuk sememnanjung m'sia sebab kami kan dr sabah so,kira melancong jugaklah di negara sendiri. sekarang ni pun kepenatan masih belum hilang sebab baru je sampai d sabah petang tadi. terpaksa stay d umah my sis @ KK dl malam ni.. penat nak drive malam2 camni. lagipun sok still cuti. myb boleh sambung shopping di cni.hehehe..

sebenarnya plan nak buat trip ni muncul tetiba je. tahun lalu, ada kenkwn yang dapat tiket murah (airasia) tp to KL je. lama2 plan ni berkembang pula sampai ke hatyai kononnya. so,beli tiket lg ke penang. lgpun kami dah dapat cari org yg boleh guide (tour guide) yg murah> cuma rm3000 utk 10 org termasuk penginapan 1 mlm dan makanan serta pengangkutan ulang alik dari penang-hatyai. trip ni semua wanita tau!
penang-sempadan mmg agk lama, dlm 2 jam lebih sbb kena beratur panjang d imigrese. dr border-hatyai cuma dlm sejam. guidenya ada 2 org dr kedah n driver pulak org siam (melayu pattani) .diorang ni baik n oleh kerana diorang ni melayu, so diorang taulah nak cari restoran makanan halal yang SEDAP!
smpai2 je,trs cek-in hotel. then diorang bawa kami lunch dkt 1 restoran melayu thai. makanan dia unik2 n sedap. yg paling unik ialah kerabu kaki ayam. kaki ayam tu siap dbuang tulang. tp makanan kat cni mmg pedas gila. takut gak skt perut tp alhamdulillah tak. semua org excited sungguh makan. siap tambah nasi.hehehe.. kecuali sya
lepas tu,kami rehat 1 jam kat hotel utk solat n kemas brg. solat pun jamak je. n perlu igt, jam d siam ni lewat 1 jam dr malaysia.ada gak yg mandi sbb belum mandi dari pagi. yelah kami stay kat aiport je kan mlm tu. ada yg mandi kat toilet aiprt.
oya, lupa nak bgtau. mlm tu kami sampai LCCT  KL jam 12 mlm. mls nak cr hotel sbb flight to penang awal pagi jam 6.55 a.m. so terpaksa stay LCCT. tp yg geramnya, semua penumpang disuruh stay bhagian dluar aiport tu sbb ada semburan racun di dlm. pening tgk semua org mcm pelarian duduk ats lantai dgn barang yg byk. kmi pulak memilih utk duduk d ats troli masing2.hehehe.. slpas lbh sejam kot,barulah kami dbenarkn masuk.
sambung blk crita kat hatyai, lepas berehat sejam kami dibawa pla ke songkhla. tp kat songkhla mcm besa je. guide igt nak bw masuk akuarium tp tutup pla. kami cuma singgah d pantai songkhla, bergambar dgn duyung emas dan kucing besar.
petang sebelum senja, guide bw kami naik ke ats puncak bukit yg ada tokong besar pula. dr ats bukit ni boleh nmpak pemandangan kawasan hatyai n songkhla. lepas tngkap gmbar, kami turun dgn berjalan kaki. van tunggu di bawah. mayb dah lm x excercise,punya sakit kaki. sudah pakai kasut wedges.hahaha.. smpai rosak kasut tu.
malamnya,km blk ke htyai tp singgah makan d sebuah retoran steamboat muslim. bagusnya kat cni, makan ala buffet dgn bayaran cuma 100 TB/rm10 seorang. sudahlah byk pilihan makanan,sedap pla tu. mknan dia termasuk makanan bukan utk steamboat dan dessert. sedapnya cendol dia.nyum..nyum..nyum. semua mkn sampai rasa tak larat dah.hehehe.. lepas tu balik hotel tp guide tu suruh shopping dl kat sekitar hotel. byk sgt org jual terutamanya beg. macam pasar mlm. meriah sungguh. tp para peniaganya lain sket. pandai mrh kastemer. klu twr menawar pun diorang mrh. saya tak beli apa pun kecuali sandal murah. wedges dah rosak kan..
esok paginya, sambung lg shopping di sekitar hotel tu tapi waktu siang x semeriah malam. saya ada beli makanan kering. kacang pistachio n gajus sbb mama sy suka. lps tu ada buah longan kering. beli gak sbb x jual d mlsia. thailang kan fames dgn jeans, so kami pun carilah jeans yg murah. smpai naik TUK TUK (sebuah kenderaan awam seperti bas)
petang slpas cek-out, guide tu singgahkn kmi d pasar yg jual banyak pakaian n srh lunch sbb diorang bertiga nak solat jumaat d kwsan brhmpiran. kat cni mkanan sedap. sy try tomyam n ABC dia pla byk campuran.
sblum balik mlsia,kmi d bw ke pasar terapung (KLONGHAE). kat cni ada surau tau. mungkin rmi org islam. so, solat dl br turun bwh tgk floating market ni. peniaganya ramai wanita n kebanyakkanya muslim. diorang jual macam2 makanan, memang kreatif. jeli pun jadi bentuk buah-buahan,colourful.
lepas tu,singgah pla di sebuah pasar malam yg murah2 barangnya. nak beli brg lg utk family tp duit Thai dah habis, nsb baik ada peniaga yg menerima duit RM. dpt gak beli belt n handbag. beg tu pun cuma 199 TBT (rm19.90)
balik malaysia pun dah lewat mlm. guide tu bawa lg singgah beli pulut durian kat danok(sempadan). dia nak srh kami rs pulut durian n pulut pelam. tgh duk dlm van tgu guide, nampak ada beberapa gajah berkeliaran d ats jlnraya. Uniknya Thailand!  1 more thing, d cni jugak byk wanita berpakaian seksi berkeliaran pd waktu mlm utk mencari pelanggan. termasuk mak nyah juga. tp mlm tu kami tak nmpak pun golongan ni. itu cuma mklumat dr guide.
emm..okeylah.mengantuk pulak. nnt kt akan cntnue dgn cerita d singapore pulak. inilah antara pics yg dpt dipaparkan.xbyk sbb kamera abs bateri
sup ekor n lain2 mkanan.sedap! tp pedas sangat
kerabu kaki ayam


samila beach songkhla

samila beach (wif golden mermaid)

 the dragon mouth

genks

    
tuk tuk 

tgh tgu driver dtg.lmbat mengalahkn pompuan.hahaha..

uncle & aunty yg meniaga d Klonghae/floating market

cutenya jeli2 ni.mcm real fruit

sibuk membeli belah

gajah berkeliaran ats jlnraya waktu mlm di Danok (border)

Khamis, 16 Jun 2011

SebeLum..SemAsA..sElePas.. pasti dapat ganjaran

INGIN MENANG HADIAH LEBIH HEBAT DARIPADA DI ATAS?
  • TAK PERLU ISI BORANG PENYERTAAN @ UJIBAKAT!
  • TAK PERLU BERTANDING @ DUDUK KAT RUMAH KACA SELAMA 3 BULAN!
  • TIADA YURAN PENYERTAAN!
  • HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!
  • TERBUKA KEPADA SEMUA MULIMIN N MUSLIMAT
  • ANDA LAYAK MENANG SAMBIL MAKAN .!!!!!!!!
  • PALING MUDAH!!!!!!

syarat n peraturan:
sebelum makan
  1. hendaklah menyebut nama ALLAH
  2. pilihlah makanan yang baik n halal
semasa makan
  1. hendaklah duduk
  2. gunakan tangan kanan n sebaiknya guna 3 jari
  3. makan makanan yg terdekat dahulu
  4. kunyah perlahan2 n jangan gelojoh
  5. klu makanan terjatuh,kutip bersihkn n makan
selepas makan
  1. habiskan semua makanan dln pinggan
  2. makan semua makanan yg ada dijari
  3. ucaplah terima kasih pada ALLAH yg memberi rezeki "alhamdulillah"
klu dah buat semua tu,InsyaALLAH anda pasti akan menang hadiah berupa "PAHALA"..betul x?
betullah tu.kan ALLAH akan memberi pahala di atas setiap amalan baik yg diperintahkan-NYA selain mengamalkn sunnah Rasulullah S.A.W.. 
 
sebenarnya ada byk lg sunnah Nabi dlm hal makan ni.InsyaALLAH akn dipaparkn nnt..

Isnin, 13 Jun 2011

kini aku dah tau fav kaler aku...(kesiannya)

setelah 25 thn,br2 nie barulah aku tau yg aku minat kaler hijau.hehehe..kesian kan???
bkn apa,ms aku cri theme blog aku ni barulah dpt idea fav kaler ni.itu pun ats 2 sbb utama:

#Rasulullah S.A.W kan suka kaler hijau dan

# Nabi pun pencinta alam

kiut kan hijau @_<

Jumaat, 20 Mei 2011

korang perasan x barang2 kita pun ada perasaan?

as usual..en3 sy akn berkisar ttg pengalaman sy sendiri.hahaha..
selama ni kita pikir manusia ja ada perasaan kan?kita silap sebenarnya..
kalau xcaya cuba baca kisah sy ni.mungkin anda pun pernah mmengalaminya..ringkasnya camni...
baru2 ni around 2 minggu lalu lah my handphone telah mengalami sdkit krosakan.klu sy cal org,x dengar..klu org cal sy pun camtu gak..tp still boleh guna utk SMS..tp bbrapa hari lps tu HP tu bertambah rosak..keypad dia semua x berfungsi..hmm geramnya.....
sebenarnya sebelum tu, adik sy ada beli 1 HP baru (hadiah SPM katakn)..sy mcm suka dgn HP tu.pastu sy ada ckp "mau beli HP barulah"..myb HP sy tu dengar n dia merajuk..

pastu beberapa hari yg lalu,kereta sy pula meragam..(ada diceritakan dlm en3 sebelum ini)..kunci langsung x boleh pusing..x boleh startlah tu.kami sudah try macam2 cara dari pagi smpai petang..x dapat jugak.. esok paginya,my abang ipar ada mintak tolong sorang pak cik yg agak arif juga dalam bab kereta ni.kami pun cakaplah susah nak start.sekali dia masuk kunci ja terus dapat start..dia x buat apa2 pun..just masuk kunci n putar..menyampahnya..kereta ni mengada2.depan pomen baru dia takut.buat malu aku ja..

hal yg sama pernah terjadi pd washing machine kami suatu ketika dulu..asal on suis ja washing machne ni,mesti blackout 1 umah jadinya..lama gak camtu.bla kami suruh org dtg baiki,dia try dl tekan suis.tp yg bikin panasnya,x pulak blackout.mesin tu pun boleh berputar dengan baiknya..
so,ringkasnya barang pun ada perasaan..merajuk.mengada..manja semua ada..tambah2 klu kita bercadang mau beli yg baru,mesti barang kita yg lama tu tetiba rosaklah kononnya..betul kan?????????

Isnin, 16 Mei 2011

wakil perodua xjaga hati kastemer!!

sapa penah mengalami masalah dgn perodua? xkesahlah dgn produk or staff or syarikat tu sendiri!  hmm..sy sda kena td.alkisahnya camni..
pagi td tengah semangat mau p keja,bgn awl solat semua..jam 6.10 or 6.15am sy pun keluar mau panaskan enjin  myvi kesayngan.. masukkn kunci..eh,knp x dpt pusing ni? try lg pusingkn kunci utk start..x dpt gak..myb stereng lock? pusing stereng pun okey ja.free..gear pun free..try lg bbrapa kali mmg x dpt..

Jumaat, 6 Mei 2011

oh lelaki idaman


i sbnarnya x brapa suka org tls pasal kisah cinta ni tapi teringin pula wat n3 sal lelaki idaman aku (siapala insan itu).aku sbnarnya lum ada lelaki yg aku minat secara specifik..

tp br2 ni aku p 1 workshop (owner dia org cina)utk servis kreta..aku dtg tu tym waktu rehat tengarilah..bla smpai ja,tauke tu cakap pekerja dia tgh rehat(lunch)..dia suh tunggu..aku pun tunggulah dlm kreta..dlm 20 minit kdian,aku tengok pekerja2 tu sda siap lunch.drg pun smbung keja masing2..aku kluar dr kreta tp 1 org pun x layan ni.semua busy..(mntang2 aku jak pelanggan pompuan)

aku pun cari2 org tuk bertanya..tetiba aku nmpak 1 org budak (remajala tp mcm nmpak muda dr aku) duk dekat tangki air..baju dia nmpak bersih cikit..aku tnyalah mau servis kreta..dia tny pulak kwn dia yg brdekatan..aku pun heran knp dia x tau..tp abaikan.hehehe..

kwn dia tu pun bawaklah aku d bahagian servis..stlah bbrapa lama,kreta aku pun d servis ole 1 budak ni.aku pun duduk d kerusi yg x seberapa dkt kereta tu tunggu dia servis,smbil2 tgk mekanik2 tu wat kerja dorang.tetiba..

aku nmpak budak yg aku tny td,yang dekat tangki tu..emm,indahnya pemandangan.hehehe.. bukan apa,aku tengok dia tengah berwuduk rupanya..bagusnya budak ni.kerja kotor2 d workshop tp dia solat gak..sudahla kengkwan dia semua mcm rock sket..bos dia cina..workshop tu pulak semak..

inilah keadaan yg jarang aku temui..selalunya org x solat sbb alasan badan n pakaian kotor..pastu tempat pun kotor.byk alasan..tp x semua begitu..contohnya budak ni.inilah ciri2 lelaki idamanku.hehehe..klu aku nak kawen nnt,aku mau cari laki yg ada ciri ni.rajin solat! pastu x pemarah (cool ja) n penyayang.. n dia baik dgn family aku n of koslah ada kerja yg gajinya boleh menjamin keluarga kan..

   
Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...