Khamis, 24 November 2011

sukan lagiii...........

salam jumaat yang mulia wahai pembaca2 (kalau ada pembacalah)
semoga kita semua masih hidup dibawah kepercayaan kepada Allah s.w.t
memandangkan hari ni hari jumaat atau yaumul jum'ah..aku nak menulis entri berkaitan sukan dan agama. yelah sukan SEA pun baru berlangsung.. yang mana Malaysia berjaya menduduki tempat keempat dengan 59 emas kan kalau tak silaplah..yelah saya ni lambat sikit kalu math.huhuhu..
dan antara sukan yang banyak menyumbang kepada negara kita ialah berbasikal,akuatik n renang berirama.. (renang berirama tu bukan termasuk akuatik ke?)
so,menyebut tentang renang2 ni terutamanya renang berirama.. saya teringin memberikan sedikit komen tentang peserta2nya dan pakaian2nya yang tersangatlah seksa itu.. bukan apa,sebab ada di antara peserta itu yang beragama islam dan sebagai umat islam,saya rasa ini sangat memalukan dan tidak wajar bagi seorang muslim walaupun mereka ini berdarah campuran orang putih dll..
dulu ada seorang artis wanita ni berpakaian bikini di negara seberang itu dan gambarnya tersebar di internet.. ramai sungguh masyarakt yang marah tetapi dalam hal sukan ini,terang benderang atlet2 tu berpakaian yang hanya menutupi mungkin 30% saja badan mereka n ditonton pula oleh beratus orang di sekeliling kolam plus beratus ribu orang penonton di rumah..tetapi orang tidak marah. bukan maksud saya membela artis tapi maksud saya,jika artis itu berdosa dan haram berpakaian seperti itu,atlet juga begitu. mungkin masyarakat fikir sebab atlet2 tu untuk mengharumkan nama negara so,apa boleh buat.. sempit sungguh pemikiran kita kan??
hari tu,saya tengok sukan bersama anak2 buah yang baru berusia 3 tahun di kaca tv. stesen tv tu ada siarkan juga renang berirama ni.terus anak2 buah saya tegur.. "ee..kenapa diorang pakai camtu?malunya diorang pakai "alam" (seluar dalam) saja.."
bayangkan,budak umur 3 tahun pun tau benda tu salah tapi ramai orang dewasa tak terfikir.. ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara kalau cara itu salah.. mungkin ada baiknya diharamkan saja orang islam menyertai sukan begitu  kecuali pakaiannya ditukar.. seperti kita mengharamkan orang islam menyertai ratu cantik.. wasalam..

tengok atlet ni,dia menutup aurat tapi boleh menang gak                                                   
 
manis je.siap pakai band jenama nike tu

ini lagi hebat..

Selasa, 22 November 2011

harimau baham garuda

                      assalamualaikum (versi prof izi)..

wah lama tdk update blog ni.sda hampir 3 bulan tidak menulis dlm blog.kesian blog aku ni terbiar.
kalau diibaratkan rumah yg terbiar 3bulan ni,mesti penuh dengan lalang dan semak samun.tidak terkecuali hantu  hantan.hee..
okeylah entri ni bukan tentang blog aku so better kita straight to da point lah... aku sangat hepi (and of kos every  malaysian pun) di ats kemenangan pasukan harimau muda malaysia mengalahkan pasukan garuda muda indonesia..
walaupun indon sda menjaringkan pada seawal minit ke-5 tapi nasib tetap menyebelahi negara kita.semuanya atas usaha bersungguh2 para pemain n jurulatih serta doa para penyokong selain bantuan dari Allah jua yg paling utama..inilah antara wajah wira bolasepak kita.jom lihat..
kemenangan ini paling bermakna buat negara kita sebab kita mengalahkan indon di hadapan lebih 100 ribu penyokongnya yg membuat pelbagai serangan psikologi terhadap pemain kita. kesian penyokong2 indon.bercucuran airmata mereka.. ini kalau sultan mahmud nampak mesti dia hepi sangat sebab dia boleh kumpul 7 baldi airmata di stadium gelora bung karno semalam untuk meminang puteri gunung ledang.heeeee..  apa pun mari kita lihat wajah2 gembira malaysia n wajah2 keciwa indon.hahaha.. itulaah kamu jahat sama malaysia..

time2 camni barulah cari bendera.hahaha..




okey dibawah ini wajah2 indon kaciwa.hahaha..





Khamis, 25 Ogos 2011

selamat hari raya ~ada sisipan resepi di sini, tak baca rugi!~

inilah kad raya buatan tangan dariku
selamat hari raya
maaf zahir batin
asssalamualaikum semua.. masih adakah org yg sudi berkunjung n membaca entry2 ni? hehehe..
kalau ada alhamdulillah.. klu x pun apa boleh buat.x leh paksa.. tp i still mau buat 1 entry brkenaan hari raya sebab miggu depan hari raya sudah. hehehe.. happynya dapat berkumpul sekeluarga sebab semua adik2 yg sedang belajar pun dapat balik kampung kan. adik bongsu dari UIA akn tiba pd hari esok sabtu n adik yg dari kuching pula tiba hari ahad ni. sorang lg adik yg belajar d sabah ni jugak akan tiba esok @ lusa bergantung pada    dua orang kakak di KK tu nak balik kampung bila.sebab adik2 ni akan menumpang kereta kakak2 tu.  adik yang berkerja di tenom tu sudah start cuti esok n dia balik kampung pakai kereta barulah tu hari ni.hehehe.. begitu jugak dengan abg ipar dari tenom pun akan tiba hari ini jugak..
   cuma kakak yg kelima tu sekeluarga beraya di johor sebelah suami dia pulak tahun ni. sebab sda 2 tahun drg beraya di sini sebelum ni. dan seorang lagi abg ipar pula x taulah dapat cuti @ tidak raya ni.harap dapatlah.
 okeylah ini ada resepi biskut yang sangat simple.. nama    dia sya letak biskut batik sebab mcm kek batik.hehehe..
bahan2..
1 bungkus biskut meri kaler coklat tu
1 cup milo ( boleh jadikan 2 cup jugak)
2 cup oat cepat masak
2 cup kacang tanah yg dikisar kasar
1 tin susu pekat manis
sedikit kismis (klu suka)

caranya..
1. hancurkan biskut meri (halus2)
2.tuang semua bahan kecuali susu ke dalam bekas n gaulkan agar sebati
3. tuangkan susu pekat sedikit demi sedikit bergantung pada keadaan bahan2 tu. klu dah melekat sesama sendiri kira okeylah tu
4. kepalkan n bentukkan bulat
5.salut dengan oat lagi diluarnya
6.dah siap! senangkan?
7.selamat mencuba..

p/s: biskut ni cepat lemau sebab kita basahkan dgn susu kan.so, utk mendptkan biskut yg enak, buatlah biskut ini pada malam raya supaya tetamu x komplen biskut anda masuk angin.hehehe..

Jumaat, 5 Ogos 2011

selamat berpuasa semua

selamat berpuasa pd semua? knp saya x cakap kepada muslimin & muslimat ja? sebab ada gak yg bukan muslim yg berpuasa di bulan ini..
maybe sebab nak kurus,ikut kawan yg muslim @ sedang belajar utk berpuasa.yelah mntau ada yg telah mendapat hidayah utk convert to islam @ ada yg tengah couple dgn org muslim..
harap2 semua amalan kita yg baik akan mendapat ganjaran pahala..
pada yg tak boleh @ sengaja tak puasa, please hormat orang yg sedang puasa n hormatlah bulan puasa.. bukan lama pun..sebulan saja ramadhan ni.klu nak makan spi pengsan pun,ada 11 bulan dlm setahun yg anda boleh buat begitu.
janganlah makan di khlayak ramai termasuklah di depan orang yang sedang puasa.. bukan sebab tergoda,tp ats sebab penghormatan..
sumtym..orang tak puasa ni buat donno ja makan depan kawan 1 opis dia yg tengah puasa..sudahlah opis pulak ada a-kon.merebak bau dia.. memanglah orang puasa ni x cakap apa sebab dia tengah menahan diri dari kemarahan tu sebenarnya.. klu diikutkan hati,mau di sumbatnya makanan tu dengan tapawe dia skali dlm mulut orang tak puasa tu.tapi puasa mengajar dia utk bersabar..
kalau nak tau, bau makanan ni lebih kuat kesannya pada orang sedang puasa.sesak anfas aku.hehehe..
okeh,kalau siapa yg terasa tu silalah bertaubat.sudah dosa sengaja tak puasa, bertambah dosa makan n menunjuk depan orang puasa..

Khamis, 14 Julai 2011

apa perasaan jika terdengar diri diumpat?

pernahkah anda semua terdengar kawan2 sedang mengumpat diri anda secara xsengaja? apa perasaan n tindakkan anda selanjutnya? br2 ni saya terdengar ada orang mengumpat tentang saya.memang skt ati sangat.. klu ikutkan hati yg sedang marah,sya berdiri n terus lempang ja muka dia. tp alhamdulillah saya dpt control kemarahan itu.. saya pura2 x dengar ja then berdiri n terus buat gaya "cool".hehhee.. x taulah dorang perasan atau x sya tengah marah tym tu? xpalah.. klu dorang mengumpat,dosa dorang. yang penting kita jaga mulut supaya xmengumpat mereka2 ni. kan???????  semoga Allah mengampuni dosa mereka n kita semua.

Sabtu, 9 Julai 2011

seronoknya sains!

*rupanya sotong mempunyai darah (cecair) berwarna hitam pada badannya adalah sebagai perlindungan diri. saya baru tau.itupun dari buku sains tahun 4.hahaha..
kalau ada musuh, sotong akan cepat2 berenang melarikan diri sambil mengeluarkan cecair hitamnya. supaya air di sekelilingnya jd gelap dan musuh tdk terlihat badannya.

*dri buku yg sama jugak sya baru tahu bahawa daun kelapa diciptakan Allah sebegitu rupa (panjang dan halus) supaya angin dapat melaluinya dengan baik. oleh itu, batangnya sukar rebah atau patah.
hhm.. patutlah saya jarang nampak pokok kelapa n saudara2nya tu tumbang ditiup angin. Allah itu Maha Bijaksana menciptakan semua yg ada di alam ini dengan sempurna

p/s: tapi yang herannya, kenapa masa sy darjah 4 dl x belajar pun benda ni dlm subjek sains?

Jumaat, 8 Julai 2011

andartukah aku ni?

sekarang ni sudah berlalu musim cuti sekolah semester pertama. ramai yang telah melangsungkan perkahwinan bila musim cuti sekolah walaupun yg berkahwin tu bukn budak sekolah.hahaha..
kawan-kawan saya pun ramai yang dah berumahtangga terutamanya geng2 1 batch semasa di kolej dl. yang beranak pinak pun ramai n yang beranak kali ke2,ke3 pun ada juga. syukur, cepat jodoh n rezeki menimang cahaya mata diorang ni. saya pun tompang happy walaupun asyik beli hadiah utk mereka ni. yelah, mula2 masa diorang kawen pun kena beli hadiah. then setahun kemudian, beranak pula. kena juga bg hadiah utk anak pula. setahun lg, beranak lg. hadiah lg..kira 1 family dorang kita kna bg hadiahlah. pokai lah den mcm ni.hehehe..

tp itu sy x kisah.duit boleh cari.lgpun rezeki tuhan bagi,kenalah share2 sesama hamba-Nya.. right?
yg saya kisah tu bila semua orang di sekeliling 'kisah' sungguh pada diri ini yang belum berkahwin. padahal saya bukannya tua sangat pun. baru 25 TAHUN!
 semua asyik tanya, KAU BILA KAWEN? ......... soalan ni macam soalan wajib pula kaum yg belum berkahwin.
bila terjumpa kawan2 lama,mesti ada solan ni. tp xapalah sbb yg bertanya pun selalunya masih bujang. maybe sekadar berkongsi rasa je.hehehe..

tp kadang2 yang bertanya tu yang sudah berkahwin lama. tapi yang lebih mengharukan, yang akan berkahwin
pun sibuk jugak mau tanya. mentang2lah dia mau kawen sudah. atau dia sengaja mau men'jeles'kan orang yg masih bujang ni. (-ve thinking betollah)
aku rimas betul bila orang tanya soalan macam tu. tambah2 kalau orang yg bertanya tu dengan muka yang sinis. macam menghina lah.. eiyeer..
mungkin dorang ni takut kaum bujang ni menggoda suami2 mereka kot?atau takut suami dorang tergoda.hahaha..
sebenarnya dorang ni x tau bersyukur dengan kewujudan golongan macam kami ni. bayangkan, kalau orang2 yg belum berkahwin ni sudah berkahwin beberapa lama dahulu. mungkin dorang yang suka bertanya ni pulak yang belum berkahwin sebab suami dorang sekarang mungkin telah dikahwini oleh orang lain. faham kn?

lepas tu, kalau kami ni sudah berkahwin.. siapa pula yang rajin menghadiri majlis perkahwinan dorang? selalunya kawan yg bujang jugaklah yg rajin datang. yg dah beranak pinak sudah sibuk urus anak2.
then, yang bujang jugaklah yg rajin bagi hadiah masa kawan kawen atau bersalin kan?itulah antara hikmah ALLAH mengatur ada yang kawen awal dan ada yg lambat sikit. so, janganlah dipersoal @ dihina golongan belum kahwin ni. lagipun bukan kami sengaja x mau kawin atau apa. kalau sudah datang jodoh kami kahwinlah jugak. tp sekali lg diingatkan, SAYA MASIH MUDA!    hehehe..
Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...