Ahad, 22 Januari 2012

wanita berpurdah berkancil merah

assalamualaikum..
pernahkah anda semua terdengar cerita tentang seorang wanita berpurdah dan memakai kancil merah mencari 40 org anak dara untuk diminum darahnya suatu ketika dulu? tentu ramai yg pernah dengar kan.. fames sungguh cerita tu di seluruh negara. masa tu saya baru darjah 3 kalau x silap..
kisah tu sebenarnya dri semenanjung tapi tersebar spi ke sabah ni.
versi sabah camni..kisahnya bermula apabila seorang wanita meminta dibuatkan susuk pada wajah supaya dia jd cantik. tok bomoh tpt dia bt susuk tu pun buatlah tapi dengan syarat x boleh tengok wajahnya di cermin selama 40 hari.. tapi dia tak tahan,yelah dr rupa biasa jd cantik jelita katakan. mesti dia mau tengok. so,bila dia tengok cermin muka dia tiba2 jd hodoh. lebih hodoh dr asal (asalnya xla hodoh pun).
bila sda hodoh tu,dia pun jumpa bomoh yg buatkan susuk tu. bomoh tu kata, "siapa suruh kau langgar pantang? inilah akibatnya!"
"tolonglah tok bomoh, sy sanggup buat apa saja utk jadi cantik semula". dia merayu.
"baiklah, kalau begitu kau mesti mencari 40 org anak dara sunti dan minum darah mereka. baru wajahmu akan jd cantik semula."
dia pun terus memburu 40 org anak darah sunti tu. tapi usahanya tidak semudah disangka. dia terpaksa memakai purdah utk menyembunyikan wajah hodohnya n merantau ke seluruh semenanjung. pastu adalah dia dapat 2,3org. lama kelamaan, org dah tau aktiviti dia ni. semua org sda kenal dia dengan gelaran "perempuan berpurdah berkancil merah" sebab dia pki kereta kancil kaler merah. masa tu,takut sangat terjumpa pmpuan tu.apatah lagi bila ada khabar angin mengatakan dia sda sampai di sabah pula. lama2 kawan cakap dia sda sampai di daerah kami jugak. lepas tu makin lama makin panas pula cerita tu. kami pulak masa tu jalan kaki ke sekolah. apa lagi, semua pun bergerak berkumpulan. pakat satu kampung ramai2 ke sekolah. sebelum tu tak tau pun maksud anak dara sunti tu, lepas tu boleh tau.. kononya dia lagi suka anak dara sunti yg masih muda umur sekolah rendah mcm kami.punyalah takut.hehehe..
lama gak cerita tu jdi isu. pastu dgn di tokok tambah itu ini, lagilah panas. selepas beberapa ketika(bertahun jugaklah), org sda lupa sikit2.ada kakak yg sekolah menengah di semenanjung tu cakap, pmpuan tu sda kena tembak dengan bapa dia yg tidak tahan anaknya menjadi pembunuh. tapi ada gak dgr, dia sda kena tangkap polis pulak.hahaha.. macam2lah.. klu igt mmg lawak gak. entah betul entah tdk kisah tu. tpi aritu sembang2 dgn memb2 org smnanjung pun cakap benda yg sama gak.

* terfikir gak, mungkin cerita ni dibuat2 spy semua org takut dgn wanita berpurdah.
*yg dialog tu, direka saja tau.. manalah sy tau prbualan drg melainkan sy adalah wanita berpurdah itu atau tok bomoh.hehehe..

4 ulasan:

  1. betul la..teringat balik cerita ni..tak ingat pulak masa ni aku darjah berapa..hehe..lawak betul..

    BalasPadam
  2. cerita x pasti betul tidaknya,tapi menakutkan semua org esp anak2 dara sunti.hahaha..

    BalasPadam
  3. bru first time dgr citer ni. Tu pun kt blog ni. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh? alamak rugilah. myb sbb anda terlalu muda (belum lahir kot masa tu) atau terlalu tua utk faham cerita tu.hehehe..

      Padam

Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...