Jumaat, 4 Mei 2012

mencari lirik lagu "minapoli"

assalamualaikum..
aku minta bantuan kawan2 semua ni. siapa tau lirik sebenar lagu permainan "minapoli" masa kita kecik2 dulu? ala,yang budak2 pmpuan selalu main tu. 2 org akn pegang tali dan hayunkan secara membulat/menggulung. sorang akn masuk n melompat di tengah2 gulungan tali tu sambil yg pegang tali tu menyanyi.
lama sudah aku mau tau lirik sebenar lagu tu. sbb dulu msa kecik2, kami hentam sja lirik dia. dgr kengkwn nyanyi lagu tu mcm ni.....

minapoli,
black n see,
si menjeling kopian kopi,
A,B,C........................YZ
bla..bla..bla (aku sda lupa)

rumah trbkar pgl bomba,
bomba dtg berlumba2,
anak kambing pth kaki,
anak kambing pdi menari 

A air,
B batu,
C campur,
air batu campur..
mcm tu lah lbh krg lirik yg kami nyanyi.. sudah besar camni,teringat lagu tu baru trpikir betapa x logiknya lirik dia ni.sudahlah bahasa rojak,pastu x kaitan langsung dr 1 chapter ke chapter. apalah kaitan bomba dgn anak kambing kn? hahaha.. lawaklah.. maybe lirik ni in english bah sbnarnya tp sbb x tau BI kan,hentam sja asal jd ayat. mcm kes lagu LONDON BRIDGE jugalah. dl2 kami nyanyi as "london bric is polindang"
pdhal lirik sbnar "london bridge is falling down"
okeylah,siapa yg tau lirik minapoli tu, plz share yar
tq

Khamis, 5 April 2012

kenangan zaman kanak2 ku sungguh seronok! macam gula kapas........

assalamualaikum
apa khabar semua di pagi jumaat yang mulia ni? lamanya nda jenguk blog ni. rindu pulak rasa. tambah2 lagi sudah lama nda buat en3 baru kan? hari ni baru terpikir mau buat en3 sebab arini kan cuti.hehehe.. kalau nda cuti, of koslah awal pagi lagi aku sudah keluar rumah.memandu cik myvi membelah kegelapan subuh untuk mencari rezeki..lepas tu,mau masuk maghrib baru sampai rumah. penat sungguh! 
setiap hari memandu sejauh 60KM memang bosan. apatah lagi klu sorang2. kadang mengantuk pun ada. so,utk menghilangkn kebosanan n kemengantukkan itu, aku selalu pasang radio kuat2. dengar celoteh DJ d radio. selalunya hot fm lah yang jd pilihan. sumtym, IKIM pun dengar gak.. oleh sebab selalu dengar hot fm, timbullah idea aku buat en3 kali ni. pasal zaman kanak2 aku dulu.tapi apa pula kaitan hot fm dengan zaman kanak2 aku? adakah DJ2 hot fm tu teman sepermainan aku dulu? oh, sudah tentu tidak.yelah aku muda agi.. dorang tu umur sudah 3 series kata org.ada pulak sorang tu 5 series. mustahillah.hahaha..
sebenarnya hot fm pepagi tu selalu ada segmen hot chat. dlm segmen tu dorang selalu timbulkan isu pasal zaman kanak2 kita. kartun kegemaranlah,permainan kegemaranlah,macam2.. benda tu buat aku teringat psl zaman kanak2 aku dl. 
myB suma org pun akan rasa zaman kanak2 ni paling best. (kecuali yg pernah kena dera lah rasanya). sebab apa? sebab masa kita budak2 dulu kerja kita maaaaiiiiin ja memanjang. tak perlu pikir masalah duit, cinta dsb.. masa aku kecik2 dulu hidup kami boleh dikatakn kais pagi makan pagi jugaklah. mak bapak aku kerja kampung ja.menoreh getah,bercucuk tanam, buat sagu. adik beradik pula ramai. ada 12 orang semua.pastu lelaki 2 org ja. 10 lagi pmpuan.. yg lelki pla yg ke6 dan ke11. so,kami yg pmpuan ni pun trpaksalah ikut buat kerja lelaki gak..kami tlg menoreh..kutip buah sawit dan macam2 lg. walaupun kehidupan kmi mcm tu, tapi  kami tetap happy. dunia kanak2 kami ttp rasa seronok (sambil senyum sendiri).

aku ingat lagi, klu bapak beli milo (sangat jarang) kami curi2 ratah milo tu. 1 sudu sorang. klu yg sda masuk angin di tepi2 tin tu lagi sedap. ada adik aku sorang tu, dia cedok 3 sudu milo pastu dia letak 2,3 sudu air ja.buat pekat2.sedapnyerrr!!! kadang2 bkn milo ja,susu adik yg msh kecik pun kmi ratah gak.hihihi..
klu p sekolah,bekal 20 sen sorang. kiranya dpt beli mee sebungkus sorang. pastu klu teringin beli gula2 atau keropok, sorang ja beli  n share 4 org beradik.nnt klu bli mee,bli sm2 then mkn share2 adik berdik jugak sbb sorang sda guna duit dia tadi.pintar jugak.hihihi..
masa tu rumah x elektrik n air paip. so,ptg2 balik dr sekolah,main jelah sesama adik bradik d hlman. main biji getah,main msk2,main lukis2 atas tanah guna ranting, main susun kayu api jd reban,pastu mandi d perigi.bestnya!!!!!!!
lg satu benda yg aku rasa lucu gak klu demam2 selalu mama bapa aku akn tanya kami mau mkn apa? yelah org demam kan,manalah ada selera.pastu kami pun akn minta maggi ayam dgn cola.masa tu kan jarang dpt benda2 tu,kira spesel sgtlah klu dpt..yg nda demam pla telan air liur jelah.hahaha..
tapi klu gaduh pun boleh thn jugak..yelah adik bradik ramai kan.klu gaduh ja,mesti menangis. pastu cari baju kakak @ adik yg lawan gaduh tu.pastu buang d tingkap. betaburanlah baju2 atas lumpur dgn harapan "biar dia kehabisan baju,biar dia basuh baju betimbun2". pdhal mama jugak penat kutip dan basuh baju2 tu. hahaha.. kesian mama aku penat dgn karenah anak2 dia..yang lucunya,skang ni anak2 buah aku pun suka sangat buang baju2 kami dari tingkap rumah.hahaha..kuat sgt genetik tu.
tp mama aku sgt mementingkan pelajaran kami.setiap mlm dia akn pastikan kami belajar. wlupun guna pelita.    (pelita ni pun pnting utk main bayang2.hehehe..)klu ada kja rumah,dia akn pastikan kmi buat wlupun dia sendiri x tau baca.aku igt lagi ms aku darjah 3.cikgu suruh aku ikt prtandingan matematik antara sekolah2. ms tu aku baru hafal sifir spi sifir 5. mama aku paksa aku hafal lagi sifir setiap petang sampai aku hafal sifir 13. terlebih dr sifir yg ada d belakang buku latihan tpt aku selalu menghafal. dan hasilnya, aku berjaya dpt tpt pertama dlm prtandingan tu. bapak aku pla jarang memantau kami spi mcm tu sbb dia terlalu penat berkerja mncari duit. dia lebih kpd pelajaran agama.tp klu bab urusan persekolhan kami, mmg bapak akulah yg uruskan.kiranya balance lah peranan dorang membesarkan kami 12 beradik hingga semuanya hidup berjaya dan aku mampu menulis en3 ni sekarang.alhamdulillah..

kalaulah masa boleh diputarkan semula,aku maukan kehidupan zaman kanak2 ku semula.sangat bahagia!

Jumaat, 9 Mac 2012

yang cantik,cute dan hensem sila baca ni....

PERNAHKAH ANDA?




A) MASUK DLM KEDAI @ SUPERSTORE TAPI TAK DAPAT LAYANAN YANG BAIK DARI PERKERJA KEDAI SEBAB PAKAIAN ANDA SEMPOI ATAU SELEKEH? (dorang igt kita x mampu nak beli, padahal duit dalam wallet berkepuk-kepuk).


B) MASUK KE DALAM TANDAS DAN TERLUPA MENGUNCI PINTU DARI DALAM? KEMUDIAN ADA PULA ORANG YANG NAK BUKA DARI LUAR.


C) MENGAMUK DENGAN SESEORANG DI DEPANNYA SAMBIL MEMBEBEL DAN MEMAKI. SIAP MEMBEBEL DAN MEMAKI, BARU ANDA PERASAN BAHAWA ANDA SEBENARNYA SALAH ORANG? 


D) TERLALU SAKIT HATI DENGAN SESEORANG SAMPAI RASA NAK MENCEKIKNYA BILA ADA PELUANG NANTI?


E) TIDAK CUKUP DUIT MASA NAK BAYAR BARANG KAT KAUNTER? (ramai pulak tu org barisan belakang yg nampak)


F) DIAJAK BERBORAK OLEH SESEORANG YANG TAK KERING2 IDEA SEHINGGAKAN KITA TAK TAHU NAK STOP KAT MANA? 


G) SELEPAS BUANG AIR DI TANDAS, BARU KITA PERASAN SEBENARNYA TANDAS TU X AIR ATAU TISU?


H) TERLIHAT SATU PASANGAN SUAMI ISTERI YANG SEPERTI "BEAUTY AND THE BEAST" DAN ANDA RASA MEREKA TAK SESUAI (mesti anda fikir drg kawin kerana harta atau dipukau kan?)


I) TENGOK CERMIN DAN CAKAP PADA DIRI SENDIRI "CANTIK/HENSEM JUGAK AKU NI YE!"


J) KELUAR DARI BILIK SAMBIL 'LOCK' PINTU, PADAHAL KUNCI MASIH DLM BILIK. SPARE PUN LUPA LETAK MANA.


K) CARI BARANG TAK JUMPA2 SAMBIL RASA SAKIT HATI SENDIRI. LEPAS TU FED UP DAN BELI YANG BARU. LEPAS DAH BELI BARU,JUMPA PULAK BARANG LAMA TU.


siapa yang pernah mengalami situasi2 diatas sila komen..kita share sesama pengalaman hidup ni. peace @_<



Ahad, 5 Februari 2012

blog n blogger

salam maulidur rasulullah SAW para muslimin semua..
perasan x aku dah ada header? tapi sangatlah tak cantik design dia.. biarlah.. mmg sengaja pun. harap2 boleh dapat anugerah Malaysia Book of Record kategori design terburok.. hahaha.. atau atleast boleh menang contest header terburok. (kenapa orang x pernah buat contest ni?)
xapalah, burok pun buroklah design dia sbb aku mmg xpandai dan x pernah ada basic buat benda tu. yg penting content dan mesej yg ada di dalamnya. i do luv Allah n Rasulullah n my family termasuklah semua saudara seislamku..

sekian terima kasih

yang benar,

Jumaat, 3 Februari 2012

~bagaimana karies terjadi?~

assalamualaikum semua...
seronok rasa hari ni sebab cuti hujung minggu + pulak 1 hari PH sempena maulid Nabi muhammad S.A.W ari isnin nanti.
oleh kerana seronok, so aku nak berkongsi sdkit ilmu pengetahuan ari ni. sorrylah en3 kali ni agak ilmiah sikit tapi benda agak penting dlm kehidupan harian kita n tak ramai pun yang tahu.

okeylah, sapa di sini yang pernah sakit gigi atau atleast pernah berlubang gigi. mostly pernah kan???
tahukah anda gigi berlubang itu dikenali sbg KARIES (k-ris) dlm bahasa perubatannya? karies ni terjadi disebabkan pelbagai faktor tapi faktor utamanya adalah kerana kehadiran sumber gula dalam mulut kita. sumber gula ini tidak semestinya gula tulen yg dicampurkan dlm minuman tu. ianya boleh jadi karbohidrat seperti nasi dan sebagainya yg bertukar menjadi gula kompleks.

atk pengetahuan anda juga, di dalam mulut kita @ di permukaan gigi kita sentiasa ada bakteria yg sentiasa mencari makanan. apabila kita makan, esp makanan manis, bakteria turut mendapat sumber makanan. dan apabila kita tidak menggosok gigi dalam tempoh yg lama, maka selama itulah bakteria itu mendapat sumber makanan dari sisa makanan yg masih melekat d gigi. selain itu, semakin lama gigi kita tidak dibersihkan, seamkin banyaklah jumlah bakteria yg membentuk koloni di permukaan gigi kita.

apabila makanan sudah ada, bakteria akan memakan atau menguraikan makanan yg ada itu lalu terhasil asid.
anda tentu maklum kan, asid itu sifatnya apa? ya, sudah tentu menghakis. apabila asid terhasil di permukaan gigi, lama-kelamaan permukaan gigi itu akan terhakis sedikit demi sedikit. apabila terhakis,maka gigi akan mudah berlubang sebab permukaannya sudah rapuh, lalu terjadilah karies @ gigi berlubang. ringkasnya begini..

                        
tapi klu kita sentiasa @selalu menggosok gigi, bakteria x dpt sumber makanannya dan asid tidak terhasil. so,gigi kita payah sikit nak berlubang.

Isnin, 23 Januari 2012

kisah 3 pilot~ lawakgiler~

Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga-3 pilot yg takut trsebut mmohon agar x dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pn brkata, ‘Klau kowg sume nk hidup, kowg kena msuk hutan & bawa 10 buah yg sama jenisnya. Tapi kowg hanya ada masa 3 jam saja!’

Sblm 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya dtg bawa 10 epal.
Ketua Suku : "Ok, kamu dh bawa 10 bj epal. Skrg msukkan semua epal tu ke dlm lubang dubur kamu satu persatu. Klau kamu mrintih atau brsuara, saya akan masukkan kamu dalam sangkar tu untuk dijadikan tomyam!"

Dgn penuh prjuangan & ketahanan akhirnya epal prtama dpt di msukkan. Tp utk epal yg ke 2 dia xdpt mnahan sakit & terus mnjerit. Dgn kejam ketua suku td terus menyuruh orang2nya memasukkan pilot 1 ke dlm sangkar.

Pilot ke-2 plak dtg bawa 10 bj anggur. Dan ketua suku td terus bg arahan yg sama. 1 anggur msuk, 2 anggur, 3 anggur, tp pada saat dia nk masukkan anggur yg ke 10,  pilot ke-2 terus bersuara dan dimasukn ke dlm sangkar.

maka pilot 1 dan 2 bertemu dan berbual di dalamsangkar sementara menunggu utk dimasak.
Pilot2 : Wah, kau pn kena kurung jgk?
Pilot1 : Ye la, aku bwk epal. Xtahan sakit! kejaml tul ketua suku tu, syaratnya susah sgt! Hbs kau bwk buah apa?
Pilot2 : Anggur!
Pilot1 : Anggur?? Tu kan senang! Kck je, xsakit pon!
Pilot2 : Mmg betul. Sume anggur aku hmpir masuk ke dlm lubang dh..Tapi tiba2 aku ketawa & hbs sume anggur yg aku msuk td keluar blik…..
Pilot1 : Bodoh kau! Knpe ketawa?
Pilot2 : Habis, ms aku nk msukkan anggur yg ke 10, aku nmpk pilot ke-3 bawa durian...giler ko..durian!!!

Ahad, 22 Januari 2012

wanita berpurdah berkancil merah

assalamualaikum..
pernahkah anda semua terdengar cerita tentang seorang wanita berpurdah dan memakai kancil merah mencari 40 org anak dara untuk diminum darahnya suatu ketika dulu? tentu ramai yg pernah dengar kan.. fames sungguh cerita tu di seluruh negara. masa tu saya baru darjah 3 kalau x silap..
kisah tu sebenarnya dri semenanjung tapi tersebar spi ke sabah ni.
versi sabah camni..kisahnya bermula apabila seorang wanita meminta dibuatkan susuk pada wajah supaya dia jd cantik. tok bomoh tpt dia bt susuk tu pun buatlah tapi dengan syarat x boleh tengok wajahnya di cermin selama 40 hari.. tapi dia tak tahan,yelah dr rupa biasa jd cantik jelita katakan. mesti dia mau tengok. so,bila dia tengok cermin muka dia tiba2 jd hodoh. lebih hodoh dr asal (asalnya xla hodoh pun).
bila sda hodoh tu,dia pun jumpa bomoh yg buatkan susuk tu. bomoh tu kata, "siapa suruh kau langgar pantang? inilah akibatnya!"
"tolonglah tok bomoh, sy sanggup buat apa saja utk jadi cantik semula". dia merayu.
"baiklah, kalau begitu kau mesti mencari 40 org anak dara sunti dan minum darah mereka. baru wajahmu akan jd cantik semula."
dia pun terus memburu 40 org anak darah sunti tu. tapi usahanya tidak semudah disangka. dia terpaksa memakai purdah utk menyembunyikan wajah hodohnya n merantau ke seluruh semenanjung. pastu adalah dia dapat 2,3org. lama kelamaan, org dah tau aktiviti dia ni. semua org sda kenal dia dengan gelaran "perempuan berpurdah berkancil merah" sebab dia pki kereta kancil kaler merah. masa tu,takut sangat terjumpa pmpuan tu.apatah lagi bila ada khabar angin mengatakan dia sda sampai di sabah pula. lama2 kawan cakap dia sda sampai di daerah kami jugak. lepas tu makin lama makin panas pula cerita tu. kami pulak masa tu jalan kaki ke sekolah. apa lagi, semua pun bergerak berkumpulan. pakat satu kampung ramai2 ke sekolah. sebelum tu tak tau pun maksud anak dara sunti tu, lepas tu boleh tau.. kononya dia lagi suka anak dara sunti yg masih muda umur sekolah rendah mcm kami.punyalah takut.hehehe..
lama gak cerita tu jdi isu. pastu dgn di tokok tambah itu ini, lagilah panas. selepas beberapa ketika(bertahun jugaklah), org sda lupa sikit2.ada kakak yg sekolah menengah di semenanjung tu cakap, pmpuan tu sda kena tembak dengan bapa dia yg tidak tahan anaknya menjadi pembunuh. tapi ada gak dgr, dia sda kena tangkap polis pulak.hahaha.. macam2lah.. klu igt mmg lawak gak. entah betul entah tdk kisah tu. tpi aritu sembang2 dgn memb2 org smnanjung pun cakap benda yg sama gak.

* terfikir gak, mungkin cerita ni dibuat2 spy semua org takut dgn wanita berpurdah.
*yg dialog tu, direka saja tau.. manalah sy tau prbualan drg melainkan sy adalah wanita berpurdah itu atau tok bomoh.hehehe..
Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...