sekarang ni sudah berlalu musim cuti sekolah semester pertama. ramai yang telah melangsungkan perkahwinan bila musim cuti sekolah walaupun yg berkahwin tu bukn budak sekolah.hahaha..
kawan-kawan saya pun ramai yang dah berumahtangga terutamanya geng2 1 batch semasa di kolej dl. yang beranak pinak pun ramai n yang beranak kali ke2,ke3 pun ada juga. syukur, cepat jodoh n rezeki menimang cahaya mata diorang ni. saya pun tompang happy walaupun asyik beli hadiah utk mereka ni. yelah, mula2 masa diorang kawen pun kena beli hadiah. then setahun kemudian, beranak pula. kena juga bg hadiah utk anak pula. setahun lg, beranak lg. hadiah lg..kira 1 family dorang kita kna bg hadiahlah. pokai lah den mcm ni.hehehe..
tp itu sy x kisah.duit boleh cari.lgpun rezeki tuhan bagi,kenalah share2 sesama hamba-Nya.. right?
yg saya kisah tu bila semua orang di sekeliling 'kisah' sungguh pada diri ini yang belum berkahwin. padahal saya bukannya tua sangat pun. baru 25 TAHUN!
semua asyik tanya, KAU BILA KAWEN? ......... soalan ni macam soalan wajib pula kaum yg belum berkahwin.
bila terjumpa kawan2 lama,mesti ada solan ni. tp xapalah sbb yg bertanya pun selalunya masih bujang. maybe sekadar berkongsi rasa je.hehehe..
tp kadang2 yang bertanya tu yang sudah berkahwin lama. tapi yang lebih mengharukan, yang akan berkahwin
pun sibuk jugak mau tanya. mentang2lah dia mau kawen sudah. atau dia sengaja mau men'jeles'kan orang yg masih bujang ni. (-ve thinking betollah)
aku rimas betul bila orang tanya soalan macam tu. tambah2 kalau orang yg bertanya tu dengan muka yang sinis. macam menghina lah.. eiyeer..
mungkin dorang ni takut kaum bujang ni menggoda suami2 mereka kot?atau takut suami dorang tergoda.hahaha..
sebenarnya dorang ni x tau bersyukur dengan kewujudan golongan macam kami ni. bayangkan, kalau orang2 yg belum berkahwin ni sudah berkahwin beberapa lama dahulu. mungkin dorang yang suka bertanya ni pulak yang belum berkahwin sebab suami dorang sekarang mungkin telah dikahwini oleh orang lain. faham kn?
lepas tu, kalau kami ni sudah berkahwin.. siapa pula yang rajin menghadiri majlis perkahwinan dorang? selalunya kawan yg bujang jugaklah yg rajin datang. yg dah beranak pinak sudah sibuk urus anak2.
then, yang bujang jugaklah yg rajin bagi hadiah masa kawan kawen atau bersalin kan?itulah antara hikmah ALLAH mengatur ada yang kawen awal dan ada yg lambat sikit. so, janganlah dipersoal @ dihina golongan belum kahwin ni. lagipun bukan kami sengaja x mau kawin atau apa. kalau sudah datang jodoh kami kahwinlah jugak. tp sekali lg diingatkan, SAYA MASIH MUDA! hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan