Ahad, 5 Februari 2012

blog n blogger

salam maulidur rasulullah SAW para muslimin semua..
perasan x aku dah ada header? tapi sangatlah tak cantik design dia.. biarlah.. mmg sengaja pun. harap2 boleh dapat anugerah Malaysia Book of Record kategori design terburok.. hahaha.. atau atleast boleh menang contest header terburok. (kenapa orang x pernah buat contest ni?)
xapalah, burok pun buroklah design dia sbb aku mmg xpandai dan x pernah ada basic buat benda tu. yg penting content dan mesej yg ada di dalamnya. i do luv Allah n Rasulullah n my family termasuklah semua saudara seislamku..

sekian terima kasih

yang benar,

Jumaat, 3 Februari 2012

~bagaimana karies terjadi?~

assalamualaikum semua...
seronok rasa hari ni sebab cuti hujung minggu + pulak 1 hari PH sempena maulid Nabi muhammad S.A.W ari isnin nanti.
oleh kerana seronok, so aku nak berkongsi sdkit ilmu pengetahuan ari ni. sorrylah en3 kali ni agak ilmiah sikit tapi benda agak penting dlm kehidupan harian kita n tak ramai pun yang tahu.

okeylah, sapa di sini yang pernah sakit gigi atau atleast pernah berlubang gigi. mostly pernah kan???
tahukah anda gigi berlubang itu dikenali sbg KARIES (k-ris) dlm bahasa perubatannya? karies ni terjadi disebabkan pelbagai faktor tapi faktor utamanya adalah kerana kehadiran sumber gula dalam mulut kita. sumber gula ini tidak semestinya gula tulen yg dicampurkan dlm minuman tu. ianya boleh jadi karbohidrat seperti nasi dan sebagainya yg bertukar menjadi gula kompleks.

atk pengetahuan anda juga, di dalam mulut kita @ di permukaan gigi kita sentiasa ada bakteria yg sentiasa mencari makanan. apabila kita makan, esp makanan manis, bakteria turut mendapat sumber makanan. dan apabila kita tidak menggosok gigi dalam tempoh yg lama, maka selama itulah bakteria itu mendapat sumber makanan dari sisa makanan yg masih melekat d gigi. selain itu, semakin lama gigi kita tidak dibersihkan, seamkin banyaklah jumlah bakteria yg membentuk koloni di permukaan gigi kita.

apabila makanan sudah ada, bakteria akan memakan atau menguraikan makanan yg ada itu lalu terhasil asid.
anda tentu maklum kan, asid itu sifatnya apa? ya, sudah tentu menghakis. apabila asid terhasil di permukaan gigi, lama-kelamaan permukaan gigi itu akan terhakis sedikit demi sedikit. apabila terhakis,maka gigi akan mudah berlubang sebab permukaannya sudah rapuh, lalu terjadilah karies @ gigi berlubang. ringkasnya begini..

                        
tapi klu kita sentiasa @selalu menggosok gigi, bakteria x dpt sumber makanannya dan asid tidak terhasil. so,gigi kita payah sikit nak berlubang.
Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...