Selasa, 27 Disember 2011

~chicken rice saya~

assalamualaikum semua..
kebetulan malam ni saya masak nasi ayam n sudah lama x menulis d blog ni. so, mau share lah resepi nasi ayam tadi. bahan n caranya sangat mudah.. tapi tadi lupa gambar sorry!

bahan2
1/2 ekor ayam (potong 3 bahagian)
garlic,onion,ginger,serai (ditumbuk kasar)
oyster sauces
sos cili
kicap manis
madu
kunyit serbuk
beras 
timun,tomato,salad (untuk hiasan)
salt
lemon (klu mau)
method
1. basuh ayam. then masukkan dlm periuk + bahan tumbuk+ salt sikit. pastu tambah air n didihkan hingga ayam separuh masak.
2.sambil2 tu, basuh rice cooker n beras. pastu rendam jap beras tu.
3.bila sup ayam tadi mula boiled, tutup api. buang air rendaman beras tadi n ganti dgn air rebusan ayam tu separuh. separuh lg biar, utk buat sup. jgn lupa tambah sdkit serbuk kunyit dlm air beras tu.
4. keluarkan ayam tadi n letak dlm bekas.then letakkan lebihan bahan tumbuk, oyster sauce, kicap manis, madu, perahan lemon sikit, sos cili. gaul n perap 1 jam.
5. then goreng ayam tu. jgn lama sangat sbb sda masak separuh tadi. kaler dia mmg agak "gelap" sikit. then potong. air perapan tadi jgn buang. modified sikit, boleh buat kuah kicap dia nanti.
6. pastu bolehlah hidang bersama timun n tomato dipotong nipis n juga daun salad. sup jgn lupa!

tips2..
*ayam tu potong kecik pun boleh spy masuk rasa.
*amaun bahan tu boleh agak2 sendiri. sy pun main campak ja
*saya x buat sambal lada. klu mau, pndi2lah agak resepi dia

Selasa, 20 Disember 2011

antara benda gila yang pernah aku buat



                                                             assalamualaikum..
hari ni rasa mau kongsi pengalaman hidup pulak.. banyak sudah entry pasal pengetahuan.hee..
terpikir pulak mau share pasal benda-benda 'gila' yang aku pernah buat. kalau orang lain tidak rasa gila pun,tidak mengapa.okeylah antaranya..

1. melancong/ mengelilingi tanah semenanjung bertiga dengan adik dan kakak aku, tahun lalu. pandai2 sendiri jak. dari KL-melaka-johor-perlis-langkawi-kelantan-terengganu-pahang-KL

2.pernah berdating (tapi 3 kali jak tau, masa zaman kejahilan aku.hee..). dating kan haram
                                           

3.pernah bergaduh dengan sorang cina tomboi masa study dulu.hahaha.. ini paling gila sebab aku ni kan little girl yang kiut n ayu (ditokok tambah) tapi boleh gaduh dengan pompuan tomboi yang jual enfon. sbb dia macam tipu enfon kawan aku.hehehe.. aku siap ugut lagi tomboi tu. dan macam tidak percaya sebab tomboi tu kalah.hahaha.. (gaduh mulut jelah, kalau gaduh fizikal kompom aku kalah)
                  

petua untuk anak kecil yang tak selera

assalamualaikum..
semangat hari ni. sebab sok lusa dah mula bercuti sampai awal tahun depan.hee..
dengar macam lama kn? sebenarnya cuma 6 ari jak pun  cuti yg digunakan.
okeylah merujuk kepada perkara di atas (macam buat karangan surat rasmi tym sekolah dolu2 pulak.hahaha..)
semalam kami (family) bercerita tentang kenduri kawen.biasalah byk orang kawen tym cuti sekolah ni. then kakak saya bercerita pasal anak dia yang berselera kalau makan makanan di rumah orang kawen. pastu teringatlah sal satu petua yang diamalkan oleh mama saya masa kami kecil2 dulu kalau ada anak kecil yang tidak mau makan.
petuanya macam ni. anda kenalah tebalkan muka meminta 1 cawan beras dari setiap rumah jiran ( kalau segan atau ada konflik dgn jiran, boleh mintak dari saudara mara) sampai tujuh buah rumah. pastu masaklah macam biasa then kasi makanlah anak yang tidak mau makan tu. insya Allah dia akan ada selera.
tapi, kalau kira logik betul jugak petua ni. kadang2 budak ni makanan dari rumah sendiri dorang tak selera. mengada2 sikit.hee..

Ahad, 4 Disember 2011

~sabah local fruits~

assalamualaikum..
hari ni saya off. x tau mau buat apa. so,fikir punya fikir dpt idea buat satu entry pasal buah tempatan sabah yang mungkin belum dikenali oleh masyarakat Malaysia di luar sabah ni. dan mungkin juga masyarakat sabah sendiri sebab sabah ni banyak sangat kaum,budaya dan kawasannya pun luas. Idea ni pun tercetus sebab semalam ada family datang bawa pelbagai buah-buahan. so, saya rasa bertanggungjawab jugalah memperkenalkannya pada masyarakat umum.
           
        ~tarap~
    
tarap ni sejenis buah tempatan yang jarang ada di tempat lain selain sabah. berbentuk bulat dengan kulit yang berduri halus. isinya putih n sangat manis. bau dia.. jangan cakaplah. menusuk kalbu sungguh! isinya berulas-ulas. mungkin dalam sebiji tarap tu,isinya lebih 30 ulas. di dalam setiap ulas tu pulak ada biji kecil seperti kacang. kalau rajin,boleh kumpul biji tu dan digoreng tanpa minyak. sedap tu! mcm mkn kacang..
buah ni macam biasalah,kalau mentah dia keras lagi.tapi boleh buat sayur macam kita masak sayur nangka tu. msk lemak sedapnya! nyum..nyum
tapi lagi sedap kalau sda masak. tanda2 tarap ni sda masak ialah baunya kuat,pastu bila tekan kulitnya lembut.kita belah mcm tu saja utk membukanya. tarap ni selalunya dipetik awal sikit iaitu sebelum dia terlalu masak di ats pokok. sbb pokok dia tinggi. klu dijolok, pecah buah ni. so,petik awal. kita biar kan dlm sehari dua,dia sda msk.tp ada lg cara utk mempercepatkn dia msk. lepas kita petik, kita simpan di rumah dan kita siram2kan air dlm 2,3 kali sehari. Insya Allah cepat masak. buah ni boleh dimakan begitu saja atau dibuat kuih yang dinamakn cucur tarap. sy lebih suka buat kuih!
  tapi satu benda yg kami org sabah x boleh terima tentang buah tarap ni. kalau kami ceritakan kepada orang semenanjung buah ni,ramai yang mengatakan buah ni "buah monyet" sebab hanya monyet yg makan klu d semenanjung. yg sebenarnya, mereka belum tahu buah ni macam mana. yg dikatakan buah monyet tu, bukan tarap. cuma benntuknya seperti tarap tapi lebih kecil. buah tu, di sabah pun ada n kami pun tidak makan.

~pengalaban~

pengalaban ni memang agak tidak popular walaupun di kalangan penduduk sabah sendiri. hanya tempat2 tertentu yg kenal buah ni. tapi dlm msyrakat kami iaitu suku kaum bisaya buah ni mmg popular. dari kecil lagi kami mkn buah ni.
buah ni bulat dengan kulit licin. dia melekat pada tangkai yang berbentu seperti tangkai belon. (mungkin drg dpt idea dr buah nilah tu). kaler dia pink apabila masak n hijau semasa mentah. rasanya agak tawar klu dimakan. cara makannya.. kita petik buah yg sda masak kemudia buka tangkainya. lepas tu,letak dlm besen @ talam n buat seperti menampi padi  beberapa kali. kemudian siram dgn air panas yang dicampur sedikit garam supaya ada rasa masin. then,bolehlah dimakan. tapi hati2.. ada biji di dalamnya n tidak boleh dimakan sebab besar n keras.hee..

~bambangan~
 
buah bambangan ni mungkin bolehlah dikatakan bersaudara dgn keluarga mangga. cuma klu dilihat dri kulitnya,mmg langsung x seruapalah. yg hampir sama ialah isinya. kulit dia kaler coklat n agak tebal. cara kupasnya bukan mcm buah mangga tpi mcm kupas kelapa. isi kaler kuning terang n berserat mcm mangga. isinya ada yg manis ada yg masam. klu yg manis, boleh mkn begitu saja atau dgn nasi. klu yang msm, boleh buat jeruk pastu makan dgn nasi atau ambuyat. tambah cili. umpph.. ada biji seperti mangga. klu org tua boleh dibuat ulam mkn ambuyat ni bijinya tapi kelat. klu jeruk pun org letak biji dia yg dicincang halus supaya tahan lama.

~durian merah~
 
ini lagi satu buah spesel dari sabah. ada juga org mengatakan buah ni juga ada d semenanjung dan sarawak cuma xla banyak seperti di sini. secara fizikal, seperti buah durian biasa tapi berbntuk bulat n kulit dia kaler kuning. durinya lebih halus n tajam. isinya pula ada yg kuning,oern atau merah. rasanya x seperti durian putih. bau pun lain. ada lg satu bezanya dgn durian putih, buahnya tidak akan jatuh sendiri bila masak. perlu dipanjat atau dijolok. boleh dimakan macam tu saja, buat kuih@cucur, boelh buat bubur@santan durian.

~kembayau~


kembayau ni bentuk n kaler dia mcm anggur tau. tapi jgn gigit terus klu jumpa. sebab kena kupas @ kikis dulu  kulit dia yg purple tu. pastu rendam dlm air panas. baru leh mkn. di dlm dia ada biji yg sangat keras. tapi di dlm biji tu ada isi lagi. itu yg sedap tu. rasa dia mcm kacang pistachio. isi tu kecil jak. tapi utk mendapatkn isi dlm biji tu sangat susah sebab biji dia tu keras sangat. kena pakai lesung batu atau parang keras utk pecahkn bijinya. buah ni bukan dari awal kaler purple. masa muda dia kaler putih. bila sda tua dia jdi purple.

~buah ajaib~

yg ini sebebnarnya bukanlah buah tempatan sabah tapi saja masukkan sebab buah ni x ramai yg tau. buah ni mmg ajaib sebab klu makan buah ni, lepas tu kita makan yg masam, x terasa masamnya. semua jadi manis. saya pernah try buah ni pastu saya makan limau nipis. mmg betul. langsung x masam. sungguh ajaib!
Next Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...