Khamis, 24 Mei 2012

trip to cambodia n vietnam part I

assalamualaikum..
salam jumaat semua..
untuk pengetahuan semua (klu mau tau lah),baru2 ni aku ada ikut trip ke kemboja n vietnam.ikut rombongan cik kiah.hehehe.. xla,ikut rmbongan rakan sekerja selama berapa hari ya? emm..enam hari mcm tu lah..
so, ini lah mau cerita sama kamu semua ni pengalaman masa d negara orang..manatau ada yg akn melawat kedua2 negara ni nnt,boleh dpt sdkit info. ataupun sekadar menambah pengetahuan n berkongsi idea..
sebelum tu, (mau juga highlightkan.hehehe..) tahun lalu aku ke thailand n singapore kan.ada gak wat en3 tapi smpai skang lupa mau sambung.malas melanda.lgpun ada org mau baca ke? hahaha..

oke,oke.. merujuk kpd tajuk tu,kita smbung semula cerita psl trip kali ni. actually, kami dari sini (sabah) pada 9.5.12. flight air asia dari KK-KL (LCCT) pada jam 10.40 p.m. oleh krn flight agk lewat malam,hari ni aku n kbnyakan kengkwn x cuti tau.
smpai LCCT lbh kurang pukul 1 a.m mcm tu lah..ole kerana x direct flight dr KK ke Phnom Penh (kemboja), so, kami trpaksa stay semalam d LCCT.masing2 cari trolley utk duduk n tidurlah jugak sbb kena ddk d luar aiport tu.pihak LCCT x benarkn masuk dlm 2,3 jam camtu.mmg jd mcm lorong pengemis pla dpn aiport tu. ada yg tidur berbaring d lantai , kena limpas2 saja.mcm ragam..

DAY 1
esok paginya, jam 6 a.m flight ke Phnom Penh pla. lbh kurang 1 jam 45 minit ja dr KL-PPenh tu. lbh dkt dr sabah kan? dr dlm flight, kami tgk muka bumi negara kemboja ni mmg berbeza dr mlsia. klu cni, kta nmpak hutan2 kan di bawah.tp d kemboja, nampak gersang n kering saja muka buminya. ada nmpak mcm petak2. xtaulah apa benda.maybe sawah.
sampai aiport, mcm besa lah msk negara org.kita sda jd pendtg asing (secara sah lah).kena cop passport dl. tpi aku pny geram dgn petugas emigresen tu.lmbat betul buat kerja.sudahlah aku paling belakng. msa turn aku cop, dia selamba ja bertelefon pla sblum cop pasport aku.2,3 kali pla tu. aku pun mcm org bodoh tgu dia siap bertelefon.pastu dia srh lg ulang thumb print.hei..sabo jelah.. d luar aiport, tour guide sda sedia menuggu..lps tangkap gambar 1 rombongan,diorang suruh kami angkut beg masing2 ke dlm bas. ingat bas besar,sekali bas mcm coaster tu.hahaha.. punya sempit dgn brg yg byak,dgn org lagi. ahli rmbongan sja ada 16 org,guide ada 3..mmg sempitlah.tp hentam saja sbb brg yg len tu utk di dermakn pd org islam kemboja yg miskin n sebuah sekolah islam kemboja.jd kami akn simpan d pejabat persatuan kebajikan yg mana guide kami tu adalah pengerusinya.bukan apa, lps tu kami akan menaiki bas yg sama selama 7 jam menuju ke Siem Reap.
inilah banner persatuan kebajikan tu.sorilah lpa rotate..

sebelum tu,kami akn dibawa bersarapan di sebuah restoran halal berhampiran pejabat persatuan. masa on the way tu,adui mcm mau pingsan tgk traffick drg..gila2 punya trafficklah.penuh sesak dgn knderaan trutamnay motorsikal.oh ya,d kemboja drg drive sebelah kiri . itu yg tambah pening tu. drg drive sembarang ja. msk simpang pun hentam sja.kmi pny menjerit bila pemandu bas masuk simpang pdhal ada kereta dr depan. guide tu ketawa sja..
kami singgah srpan d sebuah restran islam dpn masjid. ole krn restran tu sblah kiri, kami kena melintas jln lg utk masuk.punyalah takut.kenderaan x henti2. nsb baik ada guide tu tlg.klu x,xsanggup lamelintas.. d cni,kami dhidangkn mknan kemboja. mcm mee sup tpi rasanya agk manis n dicampur daging lembu separuh msk..mmg mkn sikit jelah..belum leh "masuk" dgn mknan drg.tp yg bestnya air dia. kopi susu ais tp sedap.. rs berlemak..     
kopi susu ais
   
inilah kue tew sup kemboja. yg merah2
 tu daging lembu separuh msk.
perlu tambah tauge,asam n
sejenis daun yg agk bberbau.
lepas srpan, singgah d pejabat persatuan jap lepas tu terus ke Siem Reap. lenguh kaki sbb aku duk depan. lantai bas  tu tinggi so, aku x leh luruskan kaki. penat tgk pmndangan,aku tidur lps tu bgn. mcm tu lah sepanjang 7 jamdlm bas.. singgah tepi jln, guide tu belikn buah teratai. dia ckp sdp,mkn mcm kacang. aku mkn sebiji ja. mcm kelat.
lbh kurang sejam lbh lg utk spi ke siem reap, kmi brhenti mkn tgh hari di tepi sebuah tasik. mknan mmg ada bawa dr phnom penh lg sbb tkt pyh cri mknan halal.ms singgah lunch tu, jumpa org jual kerang2 n serangga goreng.hehehe..
kami spi d siem reap petang sudah.. lps cek-in d hotel,rehat jap,solat, kami keluar utk dinner d sebuah restran halal.mcm besa minum kopi ais wlu sda mlm. jth cinta dgn kopi kemboja sudah hehehe.. mknan pla nasi dgn lauk pauk mcm besa. tp sepnjang berada d kemboja ni, menu wajib ialah telur dadar n sup.stp kli hidang,mesti itu dl dhidangkan.begitu juga vietnam.. pnt kmi mkn telur dadar 2 kali sehari selama 6 hari. mlm pla aktivit bebas. kami p pasar mlm nek tuk tuk. belilah keychain yg berharga USD 3 utk 10 pcs buat kwn2 pejabat.itupun ml2 dia jual USD 5.pujuk pny pujuk,dpt USD 3.sekali jumpa lg tpt len ada yg jual USD 2 ja pun.geramnya.. lpstu adalah beli benda len mcm baju sutera, shawl d sebagainya.penat shopping, kami p massage.. mmg murah. 1USD utk 15 minit. d cni mmg byk tpt massage terbuka.tgh mlm bru blk hoteljln kaki ja sbb psr mlm tu dkt je. dlm 100 meter dr hotel.
wah panjangnya en3. ini baru day 1 je. penat sudah.. nntlah smbung lg. tpi jgn risau, day 2-6 akn diringkaskan.hehehe.. aku sendiri baca pun penat.




Jumaat, 4 Mei 2012

mencari lirik lagu "minapoli"

assalamualaikum..
aku minta bantuan kawan2 semua ni. siapa tau lirik sebenar lagu permainan "minapoli" masa kita kecik2 dulu? ala,yang budak2 pmpuan selalu main tu. 2 org akn pegang tali dan hayunkan secara membulat/menggulung. sorang akn masuk n melompat di tengah2 gulungan tali tu sambil yg pegang tali tu menyanyi.
lama sudah aku mau tau lirik sebenar lagu tu. sbb dulu msa kecik2, kami hentam sja lirik dia. dgr kengkwn nyanyi lagu tu mcm ni.....

minapoli,
black n see,
si menjeling kopian kopi,
A,B,C........................YZ
bla..bla..bla (aku sda lupa)

rumah trbkar pgl bomba,
bomba dtg berlumba2,
anak kambing pth kaki,
anak kambing pdi menari 

A air,
B batu,
C campur,
air batu campur..
mcm tu lah lbh krg lirik yg kami nyanyi.. sudah besar camni,teringat lagu tu baru trpikir betapa x logiknya lirik dia ni.sudahlah bahasa rojak,pastu x kaitan langsung dr 1 chapter ke chapter. apalah kaitan bomba dgn anak kambing kn? hahaha.. lawaklah.. maybe lirik ni in english bah sbnarnya tp sbb x tau BI kan,hentam sja asal jd ayat. mcm kes lagu LONDON BRIDGE jugalah. dl2 kami nyanyi as "london bric is polindang"
pdhal lirik sbnar "london bridge is falling down"
okeylah,siapa yg tau lirik minapoli tu, plz share yar
tq

Khamis, 5 April 2012

kenangan zaman kanak2 ku sungguh seronok! macam gula kapas........

assalamualaikum
apa khabar semua di pagi jumaat yang mulia ni? lamanya nda jenguk blog ni. rindu pulak rasa. tambah2 lagi sudah lama nda buat en3 baru kan? hari ni baru terpikir mau buat en3 sebab arini kan cuti.hehehe.. kalau nda cuti, of koslah awal pagi lagi aku sudah keluar rumah.memandu cik myvi membelah kegelapan subuh untuk mencari rezeki..lepas tu,mau masuk maghrib baru sampai rumah. penat sungguh! 
setiap hari memandu sejauh 60KM memang bosan. apatah lagi klu sorang2. kadang mengantuk pun ada. so,utk menghilangkn kebosanan n kemengantukkan itu, aku selalu pasang radio kuat2. dengar celoteh DJ d radio. selalunya hot fm lah yang jd pilihan. sumtym, IKIM pun dengar gak.. oleh sebab selalu dengar hot fm, timbullah idea aku buat en3 kali ni. pasal zaman kanak2 aku dulu.tapi apa pula kaitan hot fm dengan zaman kanak2 aku? adakah DJ2 hot fm tu teman sepermainan aku dulu? oh, sudah tentu tidak.yelah aku muda agi.. dorang tu umur sudah 3 series kata org.ada pulak sorang tu 5 series. mustahillah.hahaha..
sebenarnya hot fm pepagi tu selalu ada segmen hot chat. dlm segmen tu dorang selalu timbulkan isu pasal zaman kanak2 kita. kartun kegemaranlah,permainan kegemaranlah,macam2.. benda tu buat aku teringat psl zaman kanak2 aku dl. 
myB suma org pun akan rasa zaman kanak2 ni paling best. (kecuali yg pernah kena dera lah rasanya). sebab apa? sebab masa kita budak2 dulu kerja kita maaaaiiiiin ja memanjang. tak perlu pikir masalah duit, cinta dsb.. masa aku kecik2 dulu hidup kami boleh dikatakn kais pagi makan pagi jugaklah. mak bapak aku kerja kampung ja.menoreh getah,bercucuk tanam, buat sagu. adik beradik pula ramai. ada 12 orang semua.pastu lelaki 2 org ja. 10 lagi pmpuan.. yg lelki pla yg ke6 dan ke11. so,kami yg pmpuan ni pun trpaksalah ikut buat kerja lelaki gak..kami tlg menoreh..kutip buah sawit dan macam2 lg. walaupun kehidupan kmi mcm tu, tapi  kami tetap happy. dunia kanak2 kami ttp rasa seronok (sambil senyum sendiri).

aku ingat lagi, klu bapak beli milo (sangat jarang) kami curi2 ratah milo tu. 1 sudu sorang. klu yg sda masuk angin di tepi2 tin tu lagi sedap. ada adik aku sorang tu, dia cedok 3 sudu milo pastu dia letak 2,3 sudu air ja.buat pekat2.sedapnyerrr!!! kadang2 bkn milo ja,susu adik yg msh kecik pun kmi ratah gak.hihihi..
klu p sekolah,bekal 20 sen sorang. kiranya dpt beli mee sebungkus sorang. pastu klu teringin beli gula2 atau keropok, sorang ja beli  n share 4 org beradik.nnt klu bli mee,bli sm2 then mkn share2 adik berdik jugak sbb sorang sda guna duit dia tadi.pintar jugak.hihihi..
masa tu rumah x elektrik n air paip. so,ptg2 balik dr sekolah,main jelah sesama adik bradik d hlman. main biji getah,main msk2,main lukis2 atas tanah guna ranting, main susun kayu api jd reban,pastu mandi d perigi.bestnya!!!!!!!
lg satu benda yg aku rasa lucu gak klu demam2 selalu mama bapa aku akn tanya kami mau mkn apa? yelah org demam kan,manalah ada selera.pastu kami pun akn minta maggi ayam dgn cola.masa tu kan jarang dpt benda2 tu,kira spesel sgtlah klu dpt..yg nda demam pla telan air liur jelah.hahaha..
tapi klu gaduh pun boleh thn jugak..yelah adik bradik ramai kan.klu gaduh ja,mesti menangis. pastu cari baju kakak @ adik yg lawan gaduh tu.pastu buang d tingkap. betaburanlah baju2 atas lumpur dgn harapan "biar dia kehabisan baju,biar dia basuh baju betimbun2". pdhal mama jugak penat kutip dan basuh baju2 tu. hahaha.. kesian mama aku penat dgn karenah anak2 dia..yang lucunya,skang ni anak2 buah aku pun suka sangat buang baju2 kami dari tingkap rumah.hahaha..kuat sgt genetik tu.
tp mama aku sgt mementingkan pelajaran kami.setiap mlm dia akn pastikan kami belajar. wlupun guna pelita.    (pelita ni pun pnting utk main bayang2.hehehe..)klu ada kja rumah,dia akn pastikan kmi buat wlupun dia sendiri x tau baca.aku igt lagi ms aku darjah 3.cikgu suruh aku ikt prtandingan matematik antara sekolah2. ms tu aku baru hafal sifir spi sifir 5. mama aku paksa aku hafal lagi sifir setiap petang sampai aku hafal sifir 13. terlebih dr sifir yg ada d belakang buku latihan tpt aku selalu menghafal. dan hasilnya, aku berjaya dpt tpt pertama dlm prtandingan tu. bapak aku pla jarang memantau kami spi mcm tu sbb dia terlalu penat berkerja mncari duit. dia lebih kpd pelajaran agama.tp klu bab urusan persekolhan kami, mmg bapak akulah yg uruskan.kiranya balance lah peranan dorang membesarkan kami 12 beradik hingga semuanya hidup berjaya dan aku mampu menulis en3 ni sekarang.alhamdulillah..

kalaulah masa boleh diputarkan semula,aku maukan kehidupan zaman kanak2 ku semula.sangat bahagia!

Jumaat, 9 Mac 2012

yang cantik,cute dan hensem sila baca ni....

PERNAHKAH ANDA?




A) MASUK DLM KEDAI @ SUPERSTORE TAPI TAK DAPAT LAYANAN YANG BAIK DARI PERKERJA KEDAI SEBAB PAKAIAN ANDA SEMPOI ATAU SELEKEH? (dorang igt kita x mampu nak beli, padahal duit dalam wallet berkepuk-kepuk).


B) MASUK KE DALAM TANDAS DAN TERLUPA MENGUNCI PINTU DARI DALAM? KEMUDIAN ADA PULA ORANG YANG NAK BUKA DARI LUAR.


C) MENGAMUK DENGAN SESEORANG DI DEPANNYA SAMBIL MEMBEBEL DAN MEMAKI. SIAP MEMBEBEL DAN MEMAKI, BARU ANDA PERASAN BAHAWA ANDA SEBENARNYA SALAH ORANG? 


D) TERLALU SAKIT HATI DENGAN SESEORANG SAMPAI RASA NAK MENCEKIKNYA BILA ADA PELUANG NANTI?


E) TIDAK CUKUP DUIT MASA NAK BAYAR BARANG KAT KAUNTER? (ramai pulak tu org barisan belakang yg nampak)


F) DIAJAK BERBORAK OLEH SESEORANG YANG TAK KERING2 IDEA SEHINGGAKAN KITA TAK TAHU NAK STOP KAT MANA? 


G) SELEPAS BUANG AIR DI TANDAS, BARU KITA PERASAN SEBENARNYA TANDAS TU X AIR ATAU TISU?


H) TERLIHAT SATU PASANGAN SUAMI ISTERI YANG SEPERTI "BEAUTY AND THE BEAST" DAN ANDA RASA MEREKA TAK SESUAI (mesti anda fikir drg kawin kerana harta atau dipukau kan?)


I) TENGOK CERMIN DAN CAKAP PADA DIRI SENDIRI "CANTIK/HENSEM JUGAK AKU NI YE!"


J) KELUAR DARI BILIK SAMBIL 'LOCK' PINTU, PADAHAL KUNCI MASIH DLM BILIK. SPARE PUN LUPA LETAK MANA.


K) CARI BARANG TAK JUMPA2 SAMBIL RASA SAKIT HATI SENDIRI. LEPAS TU FED UP DAN BELI YANG BARU. LEPAS DAH BELI BARU,JUMPA PULAK BARANG LAMA TU.


siapa yang pernah mengalami situasi2 diatas sila komen..kita share sesama pengalaman hidup ni. peace @_<



Ahad, 5 Februari 2012

blog n blogger

salam maulidur rasulullah SAW para muslimin semua..
perasan x aku dah ada header? tapi sangatlah tak cantik design dia.. biarlah.. mmg sengaja pun. harap2 boleh dapat anugerah Malaysia Book of Record kategori design terburok.. hahaha.. atau atleast boleh menang contest header terburok. (kenapa orang x pernah buat contest ni?)
xapalah, burok pun buroklah design dia sbb aku mmg xpandai dan x pernah ada basic buat benda tu. yg penting content dan mesej yg ada di dalamnya. i do luv Allah n Rasulullah n my family termasuklah semua saudara seislamku..

sekian terima kasih

yang benar,

Jumaat, 3 Februari 2012

~bagaimana karies terjadi?~

assalamualaikum semua...
seronok rasa hari ni sebab cuti hujung minggu + pulak 1 hari PH sempena maulid Nabi muhammad S.A.W ari isnin nanti.
oleh kerana seronok, so aku nak berkongsi sdkit ilmu pengetahuan ari ni. sorrylah en3 kali ni agak ilmiah sikit tapi benda agak penting dlm kehidupan harian kita n tak ramai pun yang tahu.

okeylah, sapa di sini yang pernah sakit gigi atau atleast pernah berlubang gigi. mostly pernah kan???
tahukah anda gigi berlubang itu dikenali sbg KARIES (k-ris) dlm bahasa perubatannya? karies ni terjadi disebabkan pelbagai faktor tapi faktor utamanya adalah kerana kehadiran sumber gula dalam mulut kita. sumber gula ini tidak semestinya gula tulen yg dicampurkan dlm minuman tu. ianya boleh jadi karbohidrat seperti nasi dan sebagainya yg bertukar menjadi gula kompleks.

atk pengetahuan anda juga, di dalam mulut kita @ di permukaan gigi kita sentiasa ada bakteria yg sentiasa mencari makanan. apabila kita makan, esp makanan manis, bakteria turut mendapat sumber makanan. dan apabila kita tidak menggosok gigi dalam tempoh yg lama, maka selama itulah bakteria itu mendapat sumber makanan dari sisa makanan yg masih melekat d gigi. selain itu, semakin lama gigi kita tidak dibersihkan, seamkin banyaklah jumlah bakteria yg membentuk koloni di permukaan gigi kita.

apabila makanan sudah ada, bakteria akan memakan atau menguraikan makanan yg ada itu lalu terhasil asid.
anda tentu maklum kan, asid itu sifatnya apa? ya, sudah tentu menghakis. apabila asid terhasil di permukaan gigi, lama-kelamaan permukaan gigi itu akan terhakis sedikit demi sedikit. apabila terhakis,maka gigi akan mudah berlubang sebab permukaannya sudah rapuh, lalu terjadilah karies @ gigi berlubang. ringkasnya begini..

                        
tapi klu kita sentiasa @selalu menggosok gigi, bakteria x dpt sumber makanannya dan asid tidak terhasil. so,gigi kita payah sikit nak berlubang.
Previous Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...